Subscribe:

Pages

March 30, 2010

Khadijah, Cinta Abadi Kekasih Nabi


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari ini saya telah membeli sebuah buku yang berjudul Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi karangan Dr Muhammad Abdul Yamani.InshaAllah setelah selesai saya membacanya saya akan berkongsi dengan sahabat..Sedikit madah bicara untuk sahabat yang terdapat dalam buku ini.

Bunga quraisy telah tampak dan terbit,
Binti Khuwailid, Bonda segenap ahlul bait,

Dia punya segala segi keindahan,
Dari pekerti sampai jalur keturunan,
Jalur keturunan yang buahnya kita telah tahu,
Dari moyang Muhammad pula asalnya,

Tidak ada ibu yang moyangnya lebih hebat darinya,
Lebih baik, Lebih berbudi, semua itu engkau punya.

~~~~~~x~~~~~~

"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku"
~Nabi Muhammad SAW~




March 29, 2010

Peristiwa Pemulauan Golongan Mukhallafun (Golongan berkhilaf dengan Rasulullah SAW)

~Setelah membaca buku tentang Muhammad SAW karangan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Saya cukup tersentuh dengan peristiwa pengampunan Kaab bin Malik, Marrarah bin ar-rabie’ dan Hilal bin Umaiyah. Mereka telah dipulaukan selama 50 hari sehingga turunnya wahyu menyatakan bahawa taubat tiga orang yang tidak menyertai Perang Tabuk diterima oleh Allah SWT.~


Firman Allah SWT dalam surah At-taubah : 118 ,

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.


Rasulullah SAW telah menghebahkan kepada orang ramai bahawa taubat Kaab bin Malik, Marrarah bin ar-Rabie’ dan Hilal bin Umaiyah telah diterima oleh Allah SWT.Dosa mereka kerana tidak mematuhi arahan Rasulullah SAW untuk ke medan tabuk telah dihapuskan sepenuhnya. Berakhirlah saat gelisah bagi tiga sahabat baginda itu.


Sepanjang tempoh pemulauan itu, Marrarah bin ar-Rabie’ dan Hilal bin Umaiyah berkurung didalam rumah, dalam keadaan menangis, mencucurkan air mata setiap hari kerana terlalu sedih dengan pemulauan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.


Manakala Kaab bim Malik mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Kaab bin Malik memerhati samada mulut Rasulullah SAW bergerak untuk menjawab salamnya ataupun tidak. Ketika solat Kaab bin Malik mendirikan solat hampir dengan Rasulullah SAW. Sebaik selesai solat, Kaab bin Malik mendapati baginda berpaling muka meninggalkannya.


Setelah 40 hari berlalu, datang seoarang sahabat membawa arahan Rasulullah SAW : melarang kaab bin Malik tinggal bersama-sama isterinya. Jika sebelum ini keduanya tealah menghabiskan waktu dengan menangis mencurahkan air mata. Dengan arahan ini, bertambahlah derita jiwa kedua sahabat itu, hingga seolah-olah kering air mata.


Pada subuh hari yang ke 50, ketika Kaab bin Malik sedang mendirikan solat kedengaran suara bersahut-sahutan dari bukit Sana’ , “Wahai Kaab, terimalah khabar gembira”. Berita itu adalah turunnya wahyu menyatakan bahawa taubat tiga orang yang tidak menyertai perang tabuk telah diterima oleh Allah.


Kesimpulan


Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sanggup bermandikan air mata, sanggup menerima pemulauan dari masyarakat masa itu selama 50 hari,sanggup untuk berpisah dari isteri kerana ingin memohon taubat dari Allah. Diri ini bagaimana? Tiada kesukaran untuk memohon taubat dari Allah tetapi masih lagi duduk dalam keadaan senang.


Ayuh bangkit dari kealpaan. Betapa sayangnya Allah SWT kepada kita. Pintu taubat terbentang luas, Allah SWT itu Maha Pengampun. Sama-sama kita perbaiki diri kita.


Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”

(Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”

(Muslim)


Rasanya tidak sanggup sekiranya Rasulullah SAW memaling muka dari kita. (Ya Allah, sedihnya). Andai kita ditempat Kaab bin Malik pada masa itu? Bagaimanakah reaksi kita?


Dosa adalah masalah besar kepada orang beriman, ia adalah halangan bagi mereka menikmati kebahagian di akhirat. Apabila dosa tiga orang sahabat itu diampunkan , jesteru oran ramai turut gembira. Demikianlah persaudaraan dalam Islam, bersama merasai apa yang ditanggung oleh sahabatnya. Berdukacita ketika saudaranya ditimpa musibah dosa. Turut gembira apabila saudaranya mendapat nikmat keampunan dari Allah SWT. Bagaimana dengan persaudaraan kita?


~Muhasabah diri ini~

March 27, 2010

Jihad, Adakah sekadar di medan perang?

Jihad, Adakah sekadar di medan perang?

~Alhamdulillah ku bersyukur kepada Al-khaliq kerana diberi kesempatan untuk menulis “entry” yang terbaru dalam blog ini. Hari ini ustaz saya menyentuh sedikit sebanyak tentang jihad. Berikut adalah perkongsian ustaz saya.Syukran Ustaz~


Pengertian Jihad


Jihad berasal daripada kalimah al-Juhd yang membawa maksud keberatan dan kesusahan. Mengikut perngertian bahasa, Jihad itu ialah mencurahkan segala daya dan kekuatan dalam usaha mencapai matlamat samada mulia atau tidak. Berdasarkan istilah pula ia mengandungi tiga ciri yan tabie

· Adanya unsur daya dan tenaga

· Adanya unsur matlamat dan cita-cita yang ideal,kudus dan tinggi yang hendak dicapai

· Adanya unsur musuh yang menghalang dan menentang usaha perjuangan tersebut


Jenis-jenis Jihad


Jihad agung


Iaitu jihad menentang hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Ia dianggap sebagi jihad agung kerana medan perjuangannnya tidak terbatas dan terhad bagi menangkis serangan yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera dan manusia berperang dengan diri sendiri. Ibn Qayyim telah menyatakan jihad nafsu dapat dilakukan dengan menolak bisikan yang dilempar ke dalam hati dan melawan bisikan syaitan yang senantiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan munngkar. Apabila gagal menundukkan hawa nafsu yang bersarang dihati tidak mungkin dapat memerangi nafsu yang berada diluar. Manakala mengikut Yusuf Al-Qardawi, ia merupakan tarbiyah dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan jihad. Iaitu dimana pembangunan insan mukmin yang sanggup membawa beban dan tugas dakwah. Selain itu sabar dalam menghadapi apa jua ujian bagi menegakkan agama Allah SWT.


Jihad Kecil


Iaitu jihad dengan hati, lisan , ilmu, harta tubuh badan nyawa dan lain-lain.


Peringkat Jihad


Jihad menentang hawa nafsu


Manusia dicipta daripada dua unsur yang bersifat jasmani yang bersifat zahir dan rohani yang bersifat ghaib. Begitu jua musuh kita mempunyai dua bentuk iaitu syaitan ins yang zahir dan syaitan jin yang ghaib (kalau sahabat mempunyai penambahan tentang ini amatlah dialu-alukan). Matlamat syaitan jin adalah untuk merosakkan dan menyesatkan manusia dari segi ketulenan aqidah, keikhlasan ibadat dan kesucian akhlak. Dengan melaksanakan jihad nafsu maka dengan sendirinya terlaksana jiha lain.


Jihad nafsu adalah jihad agung kerana :


· Luasnya medan perang yang tidak terbatas

· Luasnya masa perjuangan yang tidak terhad

· Sulitnya perjuangan ini kerana ia melibatkan manusia dengan dirinya

· Kedudukan musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera

· Jihad nafsu menjadi pengawal dan asas kepad jihad lain-lain


Jihad menentang tipu daya syaitan


Syaitan sentiasa mengajak manusia melakukan perkara-perkara yang jahat dan menjadikan hati mereka syak, curiga dan was- was.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a

Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.( Sumber: JAKIM).

Jihad menentang syaitan ialah dengan meyakini apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith, berzikir, berfikir, belajar dan berdakwah kepada kebenaran serta mengerjakan taubat.


Jihad menentang golongan kuffar


· Peringkat pengasuhan akidah, pemikiran, dakawah dan akhlak

· Peringkat mempertahankan diri dengan senjata (peperangan belum diwajibkan lagi)

· Peringkat mempertahankan diri dengan senjata dan wajib menggunakan kekuatan senjata

· Peringkat mempertahankan diri dan memerangi orang kafir


Jihad terhadap golongan munafik


Antara musuh yang paling bahaya ialah munafik.Antara tanda orang munafik adalah :

· Pura-pura beriman dan menyembunyikan kekufuran

· Bersifat penipu

· Tidak berhukum dengan hukum Allah

· Bersyubahat dengan orang-orang bukan Islam

· Membuat fitnah dan menghasut umat Islam

*boleh rujuk “entry Ingkari Jihad serlahkan golongan munafik”

Jihad terhadap golongan munafik adalah

· Mengenali dan mempelajari sifat-sifat mereka

· Jangan memberi pertolongan dan mendampingi mereka

· Memulau dan menjauhi tempat duduk mereka

· Sentiasa mencurigai mereka dan kata-kata mereka

· Menghalang mereka daripada jawatan penting

· Sentiasa berwaspada dengan orang-orang munafik


Jihad terhadap orang yang zalim dan fasiq


Dengan mengajak mereka kepada amal ma’ruf dan nahi mungkar. Imam Al Ghazali menegaskan peringkat jihad menentang orang-orang zalim dan fasiq adalah :


· Mengenalpasti kejadian mungkar

· Memberi penerangan tentang kemungkaran yang dilakukan

· Memperi peringatan dan nasihat

· Menggunakan kata-kata yang tegas

· Mengubah maksiat dengan tangan

· Ugutan dan ancaman

· Mengggunakan kekerasan tanpa senjata

· Mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab


*Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Riwayat at-Tabrani


Kesimpulan


Dengan membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifat terkeji untuk diisi dengan sifat mulia kerana jihad nafsu menjadi pengawal kepada segala jihad yang lain. Nafsu jahat sentiasa mengajak kepada kebinasaan aqidah , keikhlasan ibadat dan kesucian aqidah.


Saya cukup terkesan dengan hadith ini,


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(Bukhari & Muslim)

Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’


Jauhilah daku bersifat demikian Ya Rabb. Doaku Ya Allah,


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..