Subscribe:

Pages

March 26, 2011

Untitled


Tenggelamkanlah aku ke dalam cintaMu,
Kerana aku tidak sanggup menduakannya,
telah berkali-kali Engkau menegurku,
berkali-kali juga aku mengabaikannya

Tenggelamkanlah aku ke dalam cintaMu,
kerana aku tahu betapa pahitnya cinta dunia,
Dunia yang penuh dusta tiada cahaya,
terus kan memesongi daku kearah kegelapan

Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu,
kerana itulah sebenar-benar cinta,
Ingin sekali aku menggapai nur kasihMu,
Yang tidak pernah padam dalam mengingati aku.

Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu,
kerana tidak sekali ku akan lemas tertewas,
dengan cinta dunia yang ternyata,
mencuri setiap hela nafasku terhadapMu.


QA- 2.53.26/3



















March 12, 2011

Mana Cintaku?

 
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta
Sumber : Opick – Rapuh

Masih lagi terngiang-ngiang lagu ni dilubuk hatiku ini. Sejauh mana cintaku padaMu? Ku terus koreksi diri ini.

Mana Cintaku ?

Assalamualaikum warahmatullah buat sahabat semua. Setelah sekian lama menghilangkan diri. Rasa terpanggil untuk menulis tentang topik ini. Percaya ataupun tidak, itu adalah realiti bagi seorang insan yang mencari jalan pulang. Pertaruhan antara hati dan nafsu. Kiranya hati berpegang teguh akan syariat maka bahagialah diri kita. Namun kiranya nafsu yang menjadi pegangan, maka berdukalah dirinya. Mana cintaku? Adakah cintaku buat seorang hamba milikNya? Adakah cintaku buat diriNya? 

Jalan Pulang

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
 
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Ia benar bukan senang mencintai diriNya. Perlu dilalui jalan yang sukar dan diuji dengan pelbagai dugaan. Namun setiap yang kita jalani merupakan pengalaman yang mendewasakan kita. Akan tetapi percayalah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al- Baqarah,286 : 

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Dalam kata lain, kita mampu menghadapi ujian tersebut. Samaada kita mahu hadapi ujian tersebut dengan sabar atau mungkin berputus asa setiap ujian keatas kita. Ya, ada ketika iman kita di goncang dengan goncangan kuat. Ya, ada ketika kita merasa lemah seolah-olah tiada lagi daya. Mohonlah kepadaNya, InshaAllah keadaan itu akan beransur pulih. InshaAllah jiwa yang gelisah itu akan beroleh ketenangan. 

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah (Al- Baqarah :214)

Lamunan Terhenti 

Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya, saat saya berada dalam situasi dimana hilangnya kekuatan. Saya cuba mendapatkan nasihat seseorang, cuba untuk meluahkan perasan. Akan tetapi saya tidak meletakkan diriNya sebagai yang pertama. Saya lupa bahawa diriNya akan sentiasa berada di sisi. Saya lupa akan diriNya yang dapat menghapus duka saya. Tiba-tiba terasa suatu yang mengejutkan saya akan kelalaian saya. Tempat yang terbaik buat mengharapkan jawapan serta pertolongan adalah diriNya. Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Tidak perlu “network coverage” untuk mencapainya. Tidak perlu “credit” untuk menghubunginya.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (AlBaqarah :107)

Monolog Hati
Ya Allah, seolah-olah aku telah membelakangimu tika itu. Mana yakinku terhadapMu, mana hilangnya percayaku terhadapMu. Aku telah menzalimi diriku dengan kelalaianku sendiri dalam mengingatiMu. Segera aku bersujud padaMu, terus menangis dengan sepuas hatiku. Ku tahu bahawa diriMu sentiasa ada buatku. 

Maafkan aku Ya Rahim,
Tiada yang dapat menyayangiku sebagaimana Engkau menyayangiku
Maafkan aku Ya Rahman
Tiada yang dapat mengasihiku sebagaimana Engkau mengasihiku


Mencari Nur CintaMu
Ya, saya masih mencari cintaNya. Namun, setiap sebuah pencarian itu, tidak lengkap dengan kiranya tiada halangan atau rintangan. Akan lebih bermakna sebuah pencarian itu kiranya ditempuhi dengan kesabaran. Tidak disediakan jalan yang mudah untuk mencintai diriMu.  Jom, sama-sama kita memohon cintaNya,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon kasih sayangMu,
Dan kasih orang yang mencintai diriMu
Serta amalan yang mendekatkan diriku padaMu,

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri,
Ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk..

~Cinta manusia punyai banyak kekurangan kerna cinta yang sebenar-benarnya adalah milikNYa~


Pohonlah cinta yang suci dari NYA,
Mudahan beroleh cinta yang hakiki

.::                                                                     ::.
Qudsia Aaminah , 11.13 pm : 12 Mac 2011

January 19, 2011

Destinasi Terakhir

~Assalamualaikum, setelah lama tidak "mengupdate" blog. Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari saya buat sahabat-sahabat semua. Ingati saya kiranya saya tersalah atau tersilap. Barakallahufikum. (^__^) ~


Apabila matahari dilingkari cahayanya

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur

Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, ditanya,

Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Dan apabila surat-surat amal dibentangkan

Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya

Dan apabila neraka dinyalakan menjulang

Dan apabila Syurga didekatkan

Setelah semuanya itu berlaku, tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

(At-Takwiir : 1 - 14)

November 8, 2010

Diberhentikan

~Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~




Maaf penulisan blog akan diberhentikan buat sementara waktu.





P/s : Barakallahufikum. Doakan saya supaya clinical saya di Hosp. Raja Perempuan Zainab II berjalan dengan lancar. (^____^). Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.

October 12, 2010

Hilangnya Hidayah


Hidayah itu Milik Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua. Ingin sekali saya kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat kongsi melalui pembacaan saya “ Menuai Hidayah Iman” karya Muhammad Hassan Al Basri.


“ Segala puji nikmat dan anugerah,
Hanya milikMu  Ya Tuhan,
Tiada apa pun yang melebihiMu,
Raja di atas Arasy, penguasa langit luas,
Wajah-wajah tunduk, sujud tiada kuasa,
Manusia pasrah menerima hisabnya
Ada yang celaka dan terseksa,
Ada yang bahagia di dalam syurga”
.:Umaiyah bin Abi as-Shalt:.


            Demikianlah syair Umaiyah yang menyanjung akan Tuhan. Kesudahannya dia enggan bersyahadat hingga ke akhir hayatnya kerana berasa teramat sedih ekoran kematian kaum keluarganya yang berperang di pihak kafir. Dia mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya memeluk Islam. Sedangkan Rasulullah SAW tidak mampu memberi hidayah kepada manusia, bagaimana kita dengan kita? Hidayah itu adalah hak mutlak Allah SWT. Allah berfirman dalam surah al-Qasas ayat 56.


إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
O Prophet, you cannot give guidance to whom you wish, it is Allah Who gives guidance to whom He pleases, and He is quite aware of those who are guided.




Realiti kehidupan kita


            Sesetengah antara kita ada yang berkata “Aku tahu menutup aurat tu adalah wajib, nantilah dulu, nanti dapat hidayah aku tutuplah aurat” atau mungkin “Aku sudah berkemampuan, nantilah tunggu tua sikit baru aku menunaikan haji, kalau pergi masa muda pun lepas ni aku buat dosa lagi” . Melalui kata-kata ini penulis ada menyebut bahawa orang itu memperolehi hidayah tetapi tidak memperolehi taufik. Yakni kita dapat lihat kepentingan hidayah iman ataupun hidayah taufik. Melalui hidayah itu manusia bukan sahaja dapat mengetahui, tetapi juga mahu mengamalkan ibadat.


Tanda- tanda terhalang daripada mendapatkan hidayah:

·         Terasa berat mahu beribadat dan taat kepada Allah walaupun dia tetap berusaha
·         Mudah terjerumus ke dalam maksiat walaupun dia berusaha untuk mengelak darinya
·         Tertutup pintu hatinya apabila memohon daripada Allah, sehingga dia berasa tidak perlu selalu berdoa.


Maksiat dan Seterusnya


            Imam Al-Ghazali dalam kitabnya iaitu Bidayah al –Hidayah ( Bimbingan Menggapai Hidayah) telah menjelaskan terdapat di bahagian utama dalam agama. Pertama adalah meninggalkan larangan iaitu menjauhi maksiat. Kedua mengerjakan ibadat dengan taat dan sepenuh hati kepada Allah. ( Boleh rujuk entri Kesan Maksiat). 


            Realitinya memang banyak perkara yang dapat menghalang datangnya hidayah Allah kepada manusia. Dalam hal ini ulama mengenalpasti antara perkara-perkara yang menghalangi kita daripada mendapatkan hidayah :


·         Terus berada dalam kejahilan ; suka melakukan kejahatan, suka memuaskan nafsu
·         Tidak berusaha untuk menuntut ilmu sedangkan ilmu itu adalah cahaya yang menerangi kita dalam kegelapan.
·         Ilmu yang dipelajari tidak diamalkan
·         Sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri
·         Suka melakukan maksiat
·         Makan makananan yang haram 


” Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit”. Apabila dosa yang dilakukan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mensucikannya, semakin lama semakin bertambah semakin susah untuk memperbaikinya. Ibarat membersihkan besi berkarat atau mungkin membaiki rumah yang telah lama dibiarkan dan mungkin tidak sempat untuk membaikinya kerana runtuh. 


Perpisahan yang terasing 

            Jika dibiarkan akan dosa-dosa yang dilakukan ia akan menyebabkan terhalangnya hubungan antara hamba dan tuhannya. Ini akan menyebabkan:


Kehidupan yang susah :
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
[Taha : 124]

Hati yang keras dan gelap :
“..dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran)...”
[Al-Maidah : 13]

Muka yang hitam pada hari kiamat :
”dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.
[ Ali- Imran : 106]


            Itulah antara kesan-kesan buruk daripada melakukan dosa-dosa yang mana kan menghalang kita daripada mendapatkan hidayah dariNYa. Al- Qurtaubi berkata hati manusia boleh menjadi gersang dan kering seperti batu kerana mengingkari ayat-ayat Allah. Na’udzubillah..

September 24, 2010

Seruan Hatiku kepadaMu


Hanya padaMu
Diri ini hanya milikMu
Dekati aku
Air mataku mengalir
Mengharapkan Mu

Hanya padaMu
Dan jiwaku padaMu
Wahai kekasihKu
Seluruh hidupku untukMu

CintaMu adalah hayatku
DiriMu buat ku bercinta sebenar-benar cinta
Hatiku disini,tetap dengan keindahan cintaMu

Hatiku memanggil
Harapkan Engkau sentiasa kekal
Hanya kepadaMu
 Air mataku terus mengalir keranaMu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukMu
Seluruh hidupku, usiaku
Aku serahkan segalanya kepadaMu

Apa yang daku harapkan
Indahnya Kau di sisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku
Diri ini sekian lama mengharapkan cintaMu
Hati ini, perasaan ini
buatMu

P/s : Diambil dan diubahsuai dari lirik lagu “Albi Nadak” 

Klik sini



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

~ Nampak remeh tapi ini adalah rahsia dalam pemberian salam~



Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)


Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucapterhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita mengqasat dan mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santunbersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauhsekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah. (Rujuk Al-Hafiz Zakiyuddin Abdul 'Azmi bin 'Abdul Qauni Al-Munzari 1987M bersarnaan 1407H. 426-428)

HUKUM MEMBERI SALAM
 

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perludiketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukummemberikan salarn itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w. melakukandemikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam.Manakala hukum menjawab salam pula adalah "wajib" iaitu sekiranya tidakmenjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Muhd. 'AbdulRahman b. 'Abdul Rahim. 1353H. 469)


Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu:

‘Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di perhitungkan.’(Surah Al-Nisa': 86)


Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baikdan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakanpenghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaikmungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.


Dari ayat di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berbunyi begini:

‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan keatas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar".(Riwayat Al Bukhari)

Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itutidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika mernandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.
(Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim. Al-Abadi 1979,hlm. 100-101)

p/s : Sumbernya saya tak ingat. Tapi rasanya dari Buku Adab-adab Pergaulan menurut Al -Quran dan As- Sunnah