Buat pertama kali, penulisan saya kali ini bersifat peribadi sedikit. Namun saya berharap supaya mengambil luahan hati saya sebagai kata-kata semangat untuk terus memperbaiki diri kita kearah mencapai redha Illahi.
Tahun 2006, telah mencatat satu sejarah bagi saya apabila saya telah diterima untuk temuduga untuk menyambung bidang perubatan di Russia. Untuk pengetahuan, MRSM menyediakan satu skim pelajar cemerlang kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam percubaan SPM. Di sinilah, bermula tarbiah dari Allah buat saya. Ya Allah hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa gembiranya saya. Setelah itu, bermulalah proses temuduga. ”Medic di Russia” merupakan salah satu impian sejak saya tingkatan dua lagi. Melihat betapa bangganya guru-guru akan ”Senior” saya yang berpeluang menyambung pelajaran ke Russia. Saban hari penantian saya, akhirnya saya akur dengan keputusan temuduga tersebut. Betapa kecewa diri ini, tapi saya terus berpegang mungkin ini bukan untuk saya. Mungkin rezekiku pada keputusan SPM.
Tanggal 12 Mac 2007, keputusan SPM diumumkan.Pada kebiasaannya saya lebih suka menelefon pihak maktab terlebih dahulu untuk mengetahui. Buat kali kedua, saya rebah tersungkur di saat saya mendapat keputusan SPM. Mungkin keputusan saya tidaklah seteruk kalau dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain.Tapi begitulah manusia, tidak pernah merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Jahilnya saya pada masa itu. Mungkin terlampau memasang angan yang tinggi hingga lupa adanya perkataan ” jatuh”. Dari situ, saya mula berfikir ”Ya Allah adakah aku tidak berhak mendapatkan apa yang aku inginkan”. ” Apakah salahku Ya Allah”. Timbunan bisikan-bisikan yang menghantui diri ini, alhamdulillah saya dikurniakan seorang ayah yang tidak pernah jemu memberi semangat buat saya dan seorang ibu yang sanggup menemani saya di saat saya tersungkur. Walaupun begitu, semestinya kita dapat membaca riak wajah ibubapa kita apabila diri kita merupakan anak yang contoh buat adik-adik kita.
” Maafkan along abah dan ma, along dah sedaya upaya berusaha untuk yang terbaik”
Lebih kurang 2 minggu saya mendiamkan diri. Tatkala bersendirian, air mata ini jatuh ke bumi. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas, saya ditawarkan temuduga ke korea untuk program diploma kejuteraan under JPA. Sekali lagi, ianya hanya tinggal kenangan. Buat sekali lagi diri ini memujuk hati untuk terus cekal. Pernah diri ini merasa amat lemah untuk menempuh dugaan ini.
Bertambah sedih lagi, permohonan UPU tidak dapat sama sekali. Hanya tinggal tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi **. Saya membawa diri dengan harapan yang baru untuk memperbaiki diri saya. Setiap kali solat, hanya betemankan air mata. Hanya memohon dari Mu, supaya diberi kekuatan supaya menempuh dugaan. Saya berjanji pada diri saya, saya akan berusaha lebih daripada yang pernah saya usahakan.
”InshaAllah abah dan ma, Along akan berusaha dan terus berusaha..Tak kan along kecewakan abah dan ma”
Tibalah peperiksaan akhir untuk semester satu. Setelah selesai menduduki peperiksaan, penantian keputusan peperiksaan. Buat kali pertama ayah dan ibu saya berjauhan dari kami sekeluarga kerana menunaikan haji. Tapi cukuplah doa dari kedua ibubapa saya mengiringi saya untuk menempuh peperiksaan. Keputusan peperiksaan ditampal seawal tengah malam, itupun pelajar lelaki sudah mengetahui keputusan mereka. Keesokan hari, saya masih ingat lagi dalam kuliah biologi, seorang demi seorang masuk ke kuliah dengan pelbagai reaksi. Ada yang menangis, ada seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan ada juga tersenyum. Saya pada masa itu mengambil keputusan untuk melihat keputusan peperiksaan saya selepas kuliah. Bimbang takut tidak dapat mengawal emosi dan menganggu kosentrasi saya untuk menimba ilmu.
Setelah selesai kuliah, saya masih ingat kuliah masa itu di dewan kecil 2, terus ke ”notice board” untuk melihat keputusan exam saya. MS0718523***, PNGS **. Ya Allah, terasa ingin ku rebah di dalam kekalutan manusia. Allah, betapa sedihnya diri ini. Tidak saya sangka saya rebah sekali lagi. Buat kali ini, saya sudah tidak tahu bagaimana untuk bangun. Seolah-olah fikiran ini terlampau kosong. Disitu juga, deraian air mata jatuh ke bumi. Perjalanan saya dari dewan kuliah hinggalah blok C, ditemani air mata. Perkara pertama yang terlintas ibubapa saya. Memandangkan ibubapa saya berada di tanah suci, saya hanya menghantar SMS kepada mereka.
” Abah, along dah tahu nak buat gano doh. I’ll ready give my best, but I didnt get it. Along rasa kali ni Along dah tak tahu nak bangun”
Sepanjang hari itu, hanya bertemankan air mata. Saya mula memikirkan, kalau sem ni aku dah dapat **, kalau sem depan dapat **, jumlah semuanya pun ** Bermacam ”kalau” keluar dari hati ini. (Untuk pelajar program satu tahun hanya ada dua sem sahaja)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
Satu panggilan telefon dari abah, seiingat saya perkataan yang diluahkan kepada abah saya adalah ”Maaf abah, along kecewakan abah dan ma”. Saya menangis sepuas hati kepada abah dan ma. Berkat doa abah dan ma dari tanah suci, kesedihan saya beransur hilang. Abah telefon saya buat kali kedua,
” Abah dan ma tahu anak abah nga ma wat molek doh. Kadang-kadang bukan semua kita mahu adalah sesuai untuk kita. Ingat, kita hanya mampu wat terbaik, tapi Allah menentukan. Abah nok along kuat dan redha dengan takdir Allah. Mungkin kalu Allah bagi kejayaan kepada along masa ni, along jadi lupa dan lalai akanNya”
Saya sedikit terubat dengan kata-kata dari abah saya masa itu. Dekat seminggu juga rasa diri ini ke kuliah hanya sekadar menghadirkan jasad sahaja. Setelah berdoa kepada Allah, tergerak hati ini untuk meninggalkan kolej matrikulasi. Rasanya sudah tidak mampu untuk menanggung kekecewaan ini.
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Sahabat-sahabat banyak memberi semangat untuk terus berjuang di bumi kedah ini. Kali ini dengan bantuan dari jawapanMu, Ya Allah, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej matrikulasi. Bukan bermaksud saya berputus asa. Ya Allah jauh sekali...
”...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
(Yusuf : 87)
Kini, saya melanjutkan pelajaran saya disebuah Institut Pengajian Tinggi **. Saya telah memulakan kembali dari bawah. Tarbiah dari Allah itu indah. Semakin lama semakin merindui ujian dariNya. Saya hanyalah insan yang lemah dan memerlukan sentuhan dan belaian dari Maha Pencipta. Alhamdulillah, aku bersyukur pada mu Ya Rabb, kerana setiap ujian yang ditempuhi mempunyai hikmah disebaliknya. Alangkah indahnya Ya Rabb setiap sentuhanMu dan ingatanMu mengajar aku untuk mencintaiMu dengan lebih mendalam”
Ku akui kelemahan diri,
Ku akui kekurangan ini,
Dan ku kesali atas kejahilan ini..
”...Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu perkara padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan (ingatlah) , Allah jualah Yang Mengetahui ( semuanya itu)..”(Al-Baqarah- 216)
When you think you fail, Remember this,
Failing doesnt mean I'm a failure, it just mean I haven't yet suceeded
Failing doesn't mean, I've accomplished nothing, it just mean I've learned something
Failing doesn't mean I've been fool, it just mean I dare to try
Failing doesn't mean I dont have what it takes, it just mean I must do thing differently next time
Failing doesn't mean I'm inferior, it just mean I'm not perfect
Failing doesn't mean I'll never make it, it just mean I need more patient
Failing doesnt mean I'm wrong, it just mean I must find a
STILL
.....ALLAH KNOWs What's the Best For Us.....
0 comments:
Post a Comment