Subscribe:

Pages

March 26, 2010

Hadith Pilihan : Menjaga Akhlak





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”


Riwayat Bukhari dan Muslim



Huraian
i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.
ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.
iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.
iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


~Maaf sahabat, tak dapat nak berkongsi pembacaan saya pada kali ini. Agak kepenatan,InsyaAllah, nanti saya "updatekan" ye~

~Ukhwahfillah~

March 24, 2010

Ingkari Jihad serlahkan golongan Munafik

Assalamualaikum buat sahabatku,

Salam terindah ku kirimkan

Salam sejahtera penghuni syurga

Salam yang harumnya melebihi kasturi

Sejuknya melebihi embun pagi

Salam sehangat mentari waktu Dhuha

Salam sesuci air telaga kautsar

Salam penghormatan, kasih cinta dan ukhwah tiada pudar dalam setiap musim dan peristiwa

Salam ingatan dan rindu kerana Allah

Perkongsian pada kali ini adalah pembacaan saya iaitu “ Muhammad SAW, jejak junjungan mulia oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat” .Memandangkan semester pendek dapatlah saya meluangkan masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan paling penting saya dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat saya di alam maya ini. Kalau tidak, belum tentu dapat lagi melayari blog ini. InsyaAllah semester depan adalah semester terakhir saya. Bercakap tentang praktikal, belum lagi membuat keputusan nak praktikal kat hopital mana. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu).(Dekat ghumoh sedap sikit)..=)..Yukk, kita ambil iktibar peristiwa ini...

Rasulullah SAW mengisytiharkan perang tabuk bertepatan dengan musim panas luar biasa. Serta sedang bermulanya musim menuai buah-buahan seperti kurma anggur dan sebagainya. Keadaan ini dijadikan alasan oleh puak munafikin untuk tidak menyertai peperangan bersama baginda. Hakikatnya bukanlah itu penghalang bagi mereka. Penyebabnya adalah kurangnya azam untuk mencari pahala dan keredhaan Allah SWT dan kecintaan duniawi lebih mempengaruhi mereka sehingga sanggup mengingkari arahan Rasulullah SAW untuk berjuang ke medan tabuk.

Orang islam sebenar apabila datang seruan jihad, tidak sekali-kali mereka berhajat dengan rehat. Orang yang berjihad akan menempuh ujian dan halangan. Demikianlah pengalaman yang dilalui oleh para sahabat. Mereka menganggap segala rintangan itu suatu yang kecil berbanding ujian dan rintangan yang ditempuh oleh para rasul.

Tujuan utama Allah SWT, mendedahkan dengan terperinci sifat-sifat munafik dalam surah At-Taubah adalah mengingatkan kaum muslimin, supaya berwaspada agar tidak terbabit dengan sifat buruk itu.

Golongan munafikin itu sentiasa wujud sepanjang zaman. Jika zaman Rasulullah SAW wujud golongan munafikin di kalangan para sahabat, patah lagi pada aman yang sudah jauh daripada hayat baginda.

Setiap orang boleh mendakwa dirinya Muslim tetapi pengakuan itu mesti disokong dengan bukti penghayatan Islam. Sesunguhnya setiap yang diikrar oleh lisan adalah sesuatu yang dibenarkan oleh hati. Setelah itu, ia dibuktikan dengan perbuatan.

Allah SWT mencabar manusia dengan firmanNYA dalam Al-Quran :

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

( Surah Saba’ : 24)

Antara Rasulullah SAW dengan golongan musyrik sudah jelas siapakah yang benar dan salah. Namun Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya supaya berkata begitu kepada puak musyrikin dengan tujuan mereka boleh mengeluarkan hujah sekiranya nerana menuduh Rasulullah SAW membawa ajaran salah.

Golongan munafik tidak diambil tindakan oleh Rasulullah SAW kerana tindakan itu tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Ini menunjukkan Rasulullah SAW tidak sayang kepada golongan yang menyimpan kekufuran dalam jiwa dan menunjukkan keislaman hanya pada luaran.

Tiada alasan golongan munafikin itu medapat perhatian Allah SWT bagi memperolehi keampunanan. Mereka adalah golongan yang dijanjikanNYA dengan azab api nereka sebagaimana firman Allah:


Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal

( At-Taubah : 68)

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah

  1. Bila berbicara selalu bohong.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
  3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.

~Ya Allah lindungilah daku dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik~

March 23, 2010

Adakah kita sekadar memahaminya?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarkatuh,
Barakallahu fiika (semoga Allah merahmati mu)

Segala puji hanyalah bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, semoga Shalawat dan Salam atas nabi terakhir Muhammad Shalallahu 'alaihi wa salam, tidak ada nabi setelah baginda Shalallahu 'alaihi wassalam, semoga Shalawat dan Salam atas keluarga baginda, shahabat baginda dan orang – orang yang mengikuti Sunnah baginda sampai akhir zaman.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat lagi saya menulis “entry” yang terbaru. Kali ini saya agak terkesan kata-kata Ustaz saya pada hari ini. (Termuhasabah diri ini sekejap). Sejauh mana kita memahami asas Islam itu sendiri? Bagaimana mahu berdakwah sekiranya asas tidak kukuh?

Pengertian Islam

Sekiranya ditanya kepada kita adakah kamu Islam? Apakah jawapan kita? Maksud Islam dari segi syarak adalah Mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaranNya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kita sama-sama tanya pada diri kita adakah kita benar-benar patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNYA?, adakah kita beriman pada ajaranNYA?

Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 3,

“......dan Aku telah reda Islam itu sebagai agama untuk kamu”

Pengertian Iman

Iman itu berasal dari perkataan “amana” yang membawa maksud berada dalam selamat dan aman.

Iman bermaksud :

“ وإقرارباللسان , وعمل بالأركان تصديق بالقلب”

“Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan”

Kepercayaan kepada Allah beerti

v Kita percaya Allah itu ada dan Dia adalah Esa dan tidak ada serupa dengannya

v Kita percaya bahawa Allah itu bersifat kesempurnaan

v Kita percaya bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan kehendakNYa

v Kita percaya Allah yang menghidupkan, mematikan dan yang memberi rezeki

v Kita percaya Allah memiliki alam ini dan berhak menngatur perjalanan makhluk

v Kita percaya kepada Allah bereerti kita tidak beribadat melainkan kepada Allah

v Kita hendaklah melakukan semua perkara yang tidak berlawanan dengan peraturan dengan Allah

Pengertian Ihsan

Ihsan bermaksud memberi nikmat dan kelebihan . Ahsana bermakna melakukan sesuatu kebaikan manakala ihsan membawa erti perbuatan baik dan ia meliputi segala tingkah laku yang mengangkat taraf manusia serta mendidik jiwa seseorang agar menghampirkan diri kepada penciptaNYA dengan mengerjakan amalan-amalan yang diwajibkan

Di dalam sebuah hadis ihsan diterangkan oleh Rasulullah SAW,

“..(ihsan adalah) Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNYA dan sekiranya kamu tidak melihatNYA maka sesungguhnya Dia melihat kamu”

Secara ringkasnya ihsan boleh disimpulkan sebagai,

v Sesuai, cantik, sesuatu yang baik

v Mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan perbuatan batin dengan keikhlasan

v Ia adalah kemuncak akhlak Islam

v Menjadikan manusia melakukan perkara yang diredhai Allah dan menginsafi diri bahawa apa yang dilakukan dimana jua akan dilihat Allah

v Sifat ihsan dapat mengawal manusia daripada melakukan kemungkaran.

Kesimpulan

Aku Jua Telah Melakukan Kesalahan PadaMU YA Allah, YA Allah, Doaku Agar Menjagaku Dari Kealpaan Duniawi Ini..InsyaAllah, Diri Ini Akan Berusaha Sedaya Mungkin Untuk Berubah Menjadi Yang Lebih Baik.... Ya ALLAH, Tuntunlah Diriku Ini...Tetapkanlah Hati Ini Pada JalanMU.

Nasihat buat diri ini, berubahlah untuk menjadi yang terbaik..dikala rebah dan putus asa..rasa berdosa..rasa kekurangan..hayatilah Sayyidul Istighfar..


”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.

~Ya Allah,Amitna ‘Ala dinil Islam~

March 22, 2010

Syukran Sahabat


Penghargaan buat sahabat kerana sudi menganugerahkan "Award"

~Ukhwahfillah~

Gopoh?

~Perkongsian ini adalah dari sahabat ana nun jauh di Mesir. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT dalam memperjuangkan Islam...Aamiiin...Syukran sahabat atas ilmu ini ~

Adakah kita gopoh?

Saya amat tertarik dengan perkongsian ini. Kita jarang membicarakan tentang sikap gopoh ini. Rata-rata menganggap ia adalah sikap biasa. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran, ertinya, “Dijadikan manusia itu sangat gopoh”.Sikap ini dikaitkan sekiranya jiwa kita tidak tenang. Bila jiwa tidak tenang muncullah perasaan resah, gelisah, risau dan sebagainya. Adakah kita berjaya melalui ujian Allah sekiranya kita tidak mendidik jiwa kita untuk tenang?Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok.

Bagaimanakah mengetahuinya?

· @ Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"

· @ Dalam pergaulan dan perbincangan orang yang bersikap gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

· @ Membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

· @ Mudah menuduh atau menghukum. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita.

· @ Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT.

Allah SWT dalam firmanNya:

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

· @ Mempunyai pendirian yang tidak tetap. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

Riwayat Ahmad

Kesimpulan

Hasil daripada perkongsian yang saya perolehi dapat saya simpulkan, pucuk pangkalnya adalah penjagaan hati kita. Hati yang bersih dan tenang akan sentiasa terhindar dari sifat-sifat yang buruk. Sejauh manakah usaha kita untuk mensucikan hati kita? Hanya kita sahaja yang tahu.

Renungan bersama,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Riwayat Muslim