~Perkongsian ini adalah dari sahabat ana nun jauh di Mesir. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT dalam memperjuangkan Islam...Aamiiin...Syukran sahabat atas ilmu ini ~
Adakah kita gopoh?
Saya amat tertarik dengan perkongsian ini. Kita jarang membicarakan tentang sikap gopoh ini. Rata-rata menganggap ia adalah sikap biasa. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran, ertinya, “Dijadikan manusia itu sangat gopoh”.Sikap ini dikaitkan sekiranya jiwa kita tidak tenang. Bila jiwa tidak tenang muncullah perasaan resah, gelisah, risau dan sebagainya. Adakah kita berjaya melalui ujian Allah sekiranya kita tidak mendidik jiwa kita untuk tenang?Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok.
Bagaimanakah mengetahuinya?
· @ Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .
Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"
· @ Dalam pergaulan dan perbincangan orang yang bersikap gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.
· @ Membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.
· @ Mudah menuduh atau menghukum. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita.
· @ Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT.
Allah SWT dalam firmanNya:
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
· @ Mempunyai pendirian yang tidak tetap. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
Riwayat Ahmad
Kesimpulan
Hasil daripada perkongsian yang saya perolehi dapat saya simpulkan, pucuk pangkalnya adalah penjagaan hati kita. Hati yang bersih dan tenang akan sentiasa terhindar dari sifat-sifat yang buruk. Sejauh manakah usaha kita untuk mensucikan hati kita? Hanya kita sahaja yang tahu.
Renungan bersama,
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Riwayat Muslim
0 comments:
Post a Comment