Berkenaan hati, saya suka mencadangkan supaya membaca buku 'Bahagiakan Hatimu' karya ibnu qayyim terpitan PTS. saya cuba share sedikit sebanyak.
Huzaifah al yamani melaporkan bahawa hati ada beberapa jenis, iaitu;
1. Hati yang jernih- seolah ada lampu di dalamnya dan ia dimiliki oleh orang yang beriman.
2. Hati yang gelap- dimiliki oleh orang kafir
3. Hati yang berkarat- dimiliki oleh orang yang dalam hatinya tidak sama dengan apa yang dikatakannya. Tahu tetapi mengingkari
4. Hati yang ragu- hati yang berisi iman dan munafiq. Berkata2 tapi berlainan dengan apa yang dikatakannya, dan kedua2nya mempengaruhi antara satu sama lain.
Perkara yang merosakkan hati.
1. Pergaulan yang tidak berfaedah
2. Sentiasa angan-angan.
3. Tidak berharap kepada Allah
4. Makan terlalu banyak sehingga kenyang.
5. Banyak tidur sehingga badan jadi lemah.
6. Memandang secara berlebihan.
7. Berkata-kata secara keterlaluan.
Penawar Bagi Hati
Nak merawat, perlu tau apakah jenis penyakit hati kita. Ada dua jenis;
1. Penyakit hati yang tak dapat dirasai. Lebih tertumpu kepada bodoh, nafsu syahwat, ragu-ragu, tidak yakin dengan halal dan haram. Ini adalah penyakit hati yang paling parah kerana mereka tidak dapat merasai dan tergolong dlaam peyakit rohani.
Cara nak mengubat, adalah dirinya sendiri. Iaitu kembali ke jalan yang benar dan lurus. Dan kembali kepda Allah. Biasanya yang menghidap penyakit ini hanya akan tahu apabila disedarkan oleh orang lain.
Mengubat penyakit hati yang ini sangatlah susah dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
2. Jenis yang kedua ialah yang menyebabkan emosi penghidapnya terganggu. Mudah rasa sedih, marah, susah hati dsb.
Penawarnya adalah dengan mencari punca dan menjalani terapi. Ubatan yang disediakan biasanya hanyalah mengawal atau mengurangkan penderitaan. Tetapi sekiranya si pesakit bersedia, boleh diberhentikan sepenuhnya.
Penyakit yang kedua ini sekiranya tidak dirawat akan membawa kesan yang sgt buruk. si pesakit hati tidak akan merasa ini adalah satu dosa, bahkan mereka merasakan ini perkara biasa saja. Sedangkan ini adalah salah satu kesan yang lahir dari dosa-dosa si pelaku.
Ubat yang mujarab bagi hati adalah dengan mendampingi al quran, kerana al quran menyediakan ubat yang lengkap untuk kita. Al quran meliputi kehendak umat dan al quran juga boleh menjadi terapi untuk mengurangkan nafsu. Hati yang sentiasa menerima kebenaran seperti tubuh badan yang sentiasa menerima vitamin. Dengan iman, hati aka menjadi teguh. Dengan makanan yang sihat, tubuh badan akan menjadi sihat dan kuat.
Sekiranya pakaian adalah yang menutupi aurat manusia, yang menutupi aurat hati pula adalah taqwa.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"
(Al-A'raaf : 26)
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang bertaqwa" (al Quran)
~P/s : Syukran ya ukhti Asma' atas perkongsian ini...
Wallahua'lam.
March 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment