Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Madah pembuka bicara :
“ Yakin kepada Allah, Bukanlah dengan keindahan nikmat yang diberikan,
Yakin kepada Allah, Bukanlah dengan terkabulnya segala harapan,
Yakin kepada Allah itu, adalah meletakkan redho atas ketentuanNYA”
Pembacaan saya pada kali ini adalah sebuah buku berjudul “Beriman kepada Qadak dan Qadar”. Balasan yang segera yang diberikan dari Allah SWT berbentuk nikmat atau azab, baik ataupun jahat. Tujuan utamanya adalah untuk menambahkan keimanan kepadaNYA dan hari pembalasan. Akan tetapi ada sesetengah manusia tidak menggunakan fikiran, malah tidak mengambil iktibar daripada anugerah nikmat ataupun bencana yang menimpa kita.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Sungguh menghairankan, semua perkara yang menimpa orang-orang mukmin membawa kebaikan kepada mereka sendiri.Sekiranya mereka bergembira dan bersyukur, ia membawa kebaikan kepadanya dan sekiranya mereka mendapat kesusahan dan bersabar, ia juga membawa kebaikan kepadanya” (HR Muslim)
Orang yang beriman kepada Qadak dan Qadar redha dengan segala yang berlaku, lalu dia mendapat petunjuk daripada Allah. Orang-orang yang tidak beriman kepada qadak dan qadar, lupa dan lalai apabila diberi nikmat dan akan menyalahkan Allah SWT apabila berada dalam kejahatan dan kekufuran lalu dia memutuskan hubungan dengan Allah. Mereka menjadi manusia yang hanyut dan lalai tanpa hidayah dari Allah SWT. Allah SWT berhak menentukan hukuman di dunia dengan kesesatan dan hukuman neraka di akhirat sana. Kerana itu adalah pilihan hamba itu sendiri
Renungan:
Ya Allah,
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Al Fathihah : 6
Al-Fathihah : 7
0 comments:
Post a Comment