Dikeheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu, Tuhan
Bantuan diperjuangan
Ku titiskan air mata
Ku bertaubat segala dosa
Ku sujud pada Pencipta
Ke serahkan jiwa raga
Pada takdir iradat Mu
Pimpinlah daku dalam redhamu
Kasihi daku dalah rahmatMu
Hanya pada Mu aku mengadu
Ya Allah, Ya Tuhanku
++++++++++++++++++++++++++++
Pohonlah dan mintalah pertolongan dari Allah SWT
Disaat kamu dibebani masalah dan yaknilah pertolongan dariNYA
Allah SWT berfirman dalam surah Ash-Syarh
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (94:5)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(94:6)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (94:8)
0 comments:
Post a Comment