“Sedikit perkongsian dari saya melalui pembacaan saya dalam Majalah i keluaran Januari 2010 dan perkongsian bersama sahabat ”
Pertama : Bi al-Hikmah
Ini adalah kerana kata hikmah memiliki makna tercegah dari keburukan. Hikmah itu adalah bermakna pemikran mendalam,tepat, benar atau mencapai kebenaran melalui ilmu dan amal.Dalam konteks ini hendaklah kita menuntut ilmu dalam meningkatkan kualiti dakwah kita. Sayyid Quthub ada menyebut, hikmah bermakna dakwah dengan tahap yang tepat dilihat dari segi alat, cara dan waktu yang dipergunakan, sehingga peluang kejayaannya menjadi besar.
Kedua : Cegah kemungkaran
Mencegah kemungkaran itu, hendaklah dicegah dengan kebaikan. Masakan mahu diikut sekiranya kita berdakwah itu dengan cara yang kasar ditambah pula kekasaran. Cegahlah kemungkaran itu melalui nasihat yang baik dan dialog yang terbaik. Islam itu sendiri menganjurkan agar keburukan tidak dilawan dengan kebaikan.
Firman Allah SWT :
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
Ketiga : Prihatin dengan Sasaran Dakwah
Dakwah yang berkesan adalah apabila khalayak atau seseorang memahami nilai-nilai yang disampaikan, kemudian tertarik akan nilai-nilai yang disampaikan. Seorang sahabat saya telah berpesan untuk memberikan tazkirah atau berdakwah dengan baik, “Sampaikan apa yang mereka perlu, Bukan apa yang kita tahu”.
0 comments:
Post a Comment