Subscribe:

Pages

January 15, 2010

Beriman kepada Qadak dan Qadar

Karya Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang

Ibtila' ialah Ujian

Ujian itu berlaku samaada berbentuk nikmat ataupun bala bencana Allah yang dinyatakan dalam surah Al-Anbiyak;35,

".....Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah: ayat 155

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

Ujian yang berlaku adalah jalan kemuncak nikmat dan kebahagiaan kepada sesiapa yang berjaya menggunakan kemampuan berfikir, berikhtiar menurut jalan Allah. Manusia sentiasa mengkaji dan mencipta sesuatu yang baru walaupun mengalami kepahitan dan kesukaran semasa menghasilkannya. Ciptaan dan kajian itu pula membawa hasil yang bermanfaat, contohnya penciptaan alat-alat baru, bahan perubatan dan sebagainya. ini semua membawa kebaikan kepada manusia dan hakikatnya ciptaan Allah mempunyai hikmah yang tiada bandingannya.


0 comments:

Post a Comment