Subscribe:

Pages

January 24, 2010

Remaja Oh Remaja - Dari sudut Psikologi

Zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Semua perubahan fizikal, emosi dan personaliti harus mereka fahami dengan teliti supaya masalah-masalah tentangnya dapat dielakkan. Perhubungan dengan ibubapa, keluarga, sahabat dan hubungan percintaan (Cinta tidak halal tak ley naa) adalah rumit kerana pada masa ini para remaja mengalami satu proses kesedaran kendiri. Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dengan kawan-kawan.Mereka amat peka tentang bagaimana oarang lain mempersepsikan diri,sifat,tingkah laku dan fikiran mereka.(Tak percaya? Try tegur : Tudung awak tak matching la ngn kaler baju) Meissner mengatakan bahawa para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkara-perkara seperti ketidakpuasan dengan hidup, kesedihan dan perasaanya yang tidak difahami oleh orang lain.Konflik peribadi yang dikenali sebagai krisis identiti sering dihubungkaitkan dengan perkembagan remaja. Manakala, Erikson menyarankan bahawa para remaja sering mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. Seseorang remaja itu belum memperolehi identitinya, dia sering keliru akan peranan yang perlu diamainkan dalam hidupnya. Cabaran utama remaja ialah untuk mencari dan menentukan identiti diri serta peranan yang harus dimainkannya.

Pada tahap awal masa peralihan, para remaja harus menerima hakikat dan realiti perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada masa yang sama, mereka juga terpaksa memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang.Dalam mencari identiti, ramai remaja mempunyai keinginan untuk bebas dari kongkongan ibu bapa, berdikari, dan membuat apa -apa yang disukainya tetapi pada masa yang sama masih memerlukan pertolongan serta bimbingan.

Satu lagi perubahan besar yang dihadapi oleh remaja ialah perkembangan sosial. Remaja cenderung untuk berpisah daripada struktur kekeluargaan kerana menganggap kawan-kawan sebaya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah adalah tempat seseoarang remaja itu berkongsi masalah, pandangan, cerita, bertukar-tukar fikiran dan serta pendapat. Bagi mereka kawan-kawan dapat memberikan satu situasi yang bebas daripada segala bentuk larangan atau sekatan.
(Yang ni menarik minat remaja terhadap kengkawan sebab remaja rase bebas dan berkuasa untuk tentukan hidup diorang)

Kepada remaja diluar sana (Buat-buat lupe, diri sendiri pun remaja..hehe..Ingatan buat diri sendiri jua) Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup ini. Sudah menjadi lumrah kehidupan kita melalui cabaran ini. Bukankah kita sudah diberi pilihan? Tepuk Dada, Tanya Iman.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Al-Fathihah ; 6)

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Fathihah : 7)



0 comments:

Post a Comment