~Alhamdulillah, agak kepenatan sedikit setelah “handle” program bersama-sama adik-adik. Programnya adalah “Mencari Cinta Hakiki” . Ku bersyukur kepada Allah, kerana telah memudahkan urusanku. Buat ajk-ajk jutaan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang amat baik~
Muhasabah Cintaku
Dalam menjalani kehidupan seharian, terutamanya kita sebagai remaja tidak akan terkecuali dengan istilah ”Cinta”. Tapi persoalannya dimanakah nilai cinta kita? Adakah untuk Al-Khaliq? Atau mungkin kekasihNYA? Dan mungkin juga untuk manusia? Bila ditanya adakah kita mencintai Allah, semestinya jawapan ”YA” .Kalau betul kita cinta akan Allah, sejauh mana pelaksanaannya. Adakah cukup sekadar menyatakannya? Cinta pada Allah itu adalah :
~Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.~
HR Baihaqi
Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya, mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.
Cinta Rasulullah SAW
Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.
Rasulullah SAW bersabda :
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim
Kenapa Cinta?
Kenapa saya memilih untuk fokus pada permasalahan ini? Ternyata masalah yang mendominasi para remaja kita sekarang adalah kekeliruan cinta. Kelirunya dimana cinta itu perlu disalurkan. Keliru dengan istilah cinta. Sudah menjadi ”trend” pemikiran remaja sekarang, kalau bercakap tentang cinta , perkara pertama akan terlintas adalah antara ”lelaki dan perempuan”.
Aku dibius CintaNYA
Aku dibius cintaNYA adalah salah satu slot mendapat perhatian oleh pelajar pada program ”Mencari Cinta Hakiki”. Pada awalnya, agak sukar nak handle adik-adik lelaki (Oleh kerana hiperaktifnya, (^_^)) Alhamdulillah, kami telah diberi ingatan oleh ustaz akan kanak-kanak riang ini.
Sebaik sahaja tugas saya untuk memberi kesimpulan untuk aktiviti itu, Alhamdulillah kelihatan deraian air mata jatuh ke bumi. Mudah-mudahan itu air mata keinsafan akan apa yang telah dilakukan. InshaAllah adik-adikku teruskan perjuanganmu. Carilah cinta akan penciptamu, kelak kau akan memahami erti cinta yang sebenarnya.
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
Kesimpulan
~ CARILAH CINTA KITA KEPADA ALLAH, UNTUK MENDAPATKAN CINTA BALASAN YANG TERBAIK~
Penghargaan
Ana uhibbuki ya habibti, Syukran buat Maryam atas perkongsian. Sedikit sebanyak membantu akak menjalankan program ini.
Rujukan :
Hadith : Dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ceramah Mencari Cinta Hakiki oleh En. Mohd Nazeli
Slot LDK ”Aku Dibius CintaNYA”
Tazkirah ”Matlamat Tidak Menghalalkan Cara” Oleh Ustaz Aswadi
0 comments:
Post a Comment