Subscribe:

Pages

May 21, 2010

Pejuang Kebenaran

~Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua, Alhamdulillah sudah selesai exam saya dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT dipermudahkan urusan saya. Alhamdulillah Ya Rabb. Setelah sekian lama mengambil masa untuk menconteng di blog ini, akhirnya dapat jua saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Buat sahabatku yang tersayang , andai kesibukanku ini menguris hatimu, Maafkan daku sahabat.Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah~


Kali ini perkongsian saya berdasarkan sebuah buku yang bertajuk ”IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN”. Bukan ulasan buku ini yang bakal saya kongsi, tapi pesan dan nasihat dari Imam Syafie buat sahabat-sahabatku yang tersayang


  1. Wahai kaum muslimin sekalian. Sesungguhnya tidak ada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang yang lebih berguna selain daripada akal. Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut.
  2. Doa imam Syafie dalam majlis ilmunya, “ Bismillahirrahmanirrahim. Wahai Tuhn kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskan fahaman kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan permudahkan urusan kami. Ya Allah, Ya Nur, keluarkanlah kami daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada kami makrifat ilmuMu, Berikanlah kepada hati kami akan cahaya sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniamu, wahai Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana”
  3. Hanzdalah bertanya kepada imam Syafie “Bagaimana tuan dapat menerima dan menghormati orang yang tuan ketahui dirinya adalah LAWAN tuan? Imam Syafie menjawab dengan penuh tawaduk, “LAWAN saya itu ada kebaikan dan faedahnya bagi saya, LAWAN itu peranan mereka ibarat cermin yang sentiasa menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita”
  4. “Jangan terlalu memuji, bimbang kita lupa diri. Oleh itu harga diri seseorang itu berdasarkan apa yang dilakukan bagi memperbaiki dirinya”
  5. “ Apabila kita menikmati makanan, pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Tetapi jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan ia malas dan suka tidur. Itu menyukarkan untuk beramal ibadat”
  6. ”Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis,tinggi martabatnya, siapa yang mempelajari bahasa lembut hatinya, siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan sesiapa tidak memelihara dirinya, tidak beerti ilmunya”
  7. ”Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan . Tidakkah kamu tahu, harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar dengan batu”
  8. ” Seseorang yang bersikap warak tidak akan mempedulikan keaiban orang lain keran sibukkan memikirkan keaiban sendiri. Ibarat orang sakit tidak munkin menghiraukan kesakitan orang lain kerana sibuk memikirkan penyakitnya sendiri”


Hayatilah puisi Imam Syafie :


Bila hatiku keras degil

Dan kemahuanku menjadi sempit

Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan

Dosa ku mungkin besar

Tetapi keampunan Engkau lebih besar

Engkau pemilik keampunan

Dan masih tetap mengampunkan

Jika Engkau tidak izinkan

Iblis tidak dapat menggoda

Adam hambamu yang suci

Sampai dia boleh diperdayakan

Ampuni aku wahai Tuhanku

0 comments:

Post a Comment