Assalamualaikum sahabat-sahabatku,
Pada kebiaasaanya bila tiba sahaja musim cuti, sempatlah saya mendengar luahan adikku ini memandangkan jarak kami berjauhan. Kesempatan ini, tidak saya sia-siakan. Dengarlah adikku, Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah.
Adikku,
Berusahalah menyediakan dirikan dirimu yakni solehkan dirimu terlebih dahulu supaya dikau mendapatkan yang solehah. Mantapkanlah ilmu didadamu itu supaya dikau akan berasa lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
Adikku,
Sekarang kita sebagai seorang anak mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. “First thing first” iaitu utamakanlah apa yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali lah prioritimu adikku. Berusahalah menjadi muslim sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara
~Mencegah itu adalah lebih baik dari merawatinya~
0 comments:
Post a Comment