Subscribe:

Pages

July 24, 2010

Tiga Ciri Manusia




Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua. Sepanjang pembacaan saya dalam sebuah At-Thariq Ilal Qulub, Bagaimana Menyentuh Hati Oleh Abbas As-Sisi. Jazakallahu khairan katheera buat empunya laman web “Library! – Demi Pena, Bacalah dengan Nama TuhanMu” yang menyediakan buku-buku yang menarik untuk dibaca. Alhamdulillah bertambah ilmu saya hari ini. Ingin saya kongsikan kepada sahabat semua.

Pada kebiasaannya dakwah yang dijalankan hanya tertumpu pada orang yang ingin didakwahkan tanpa mengenalpasti ciri-ciri mad’u. Melalui pembacaan saya, manusia dapat dikelaskan kepada tiga kategori , iaitu:

1.      Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah.

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini harus diutamakankan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak memerlukankan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan, insya Allah.

2.      Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah

Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang seperti ini menempati urutan kedua.

3.      Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak  Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencemuhnya kerana perbuatan dan perangainya yang teruk.

Rasulullah saw. bersabda,"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalahorang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."(HR. Bukhari dan Muslim)

Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai: "Sejelek-jelek teman bergaul". (HR. Muslim)

Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyah.

0 comments:

Post a Comment