Ibnu sina merupakan seorang yang kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan. Akhlak yang paling saya kagumi adalah sikap beliau yang mana sentiasa bersungguh-sungguh dalam mempelajari sesuatu ilmu.
Ini dapat dibuktikan, apabila beliau berhadapan dengan masalah metafizik dan penulisan aristotles. Beliau mempelajarinya selama satu setengah tahun untuk memahaminya. Apabila beliau menemui kebuntuan, beliau akan meninggalkan buku tersebut dan terus mengambil wudhu’ lalu solat sehingga diberi petunjuk dari Allah SWT. Ini adalah sikap beliau yang patut yang dicontohi para pelajar. Sesungguhnya Allah mengetahui permasalahan yang yang dihadapi oleh kita. Kita hanyalah insan yang kerdil yang mana mampu berusaha, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Beliau akan terus mempelajari pelajaran yang tidak difahaminya. Beliau membaca dan mempelajari karya metafizik dari Aristotles sebanyak empat puluh kali. Kegigihan beliau untuk terus mempelajari tanpa mengenal putus asa adalah sikap yang paling saya kagumi. Akan tetapi beliau tidak memahaminya meskipun telah menghafal karya tersebut. Pada suatu hari, beliau telah membeli ringkasan tentang karya metafizik oleh farabi. Beliau dapat memahaminya karya tersebut dengan lebih jelas.s Setelah memahaminya, beliau akan bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita mudah alpa disaat kita dikurniakan kebahagiaan. Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih pada Allah diatas segala yang berlaku terhadap diri kita.
Di antara hikmah kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini ialah bila kita diberikan akal untuk berfikir kemudian mengemudi akal kita dengan cara yang terbaik dan bila baik pelayaran akal kita maka kita akan berlabuh dengan mulia di pelabuhan abadi nanti. Namun, kadangkalanya kita sering menjadi seorang pelayar yang gagal, sudah berputus asa dan harapan, biarkan sahaja bahtera karam atau berlabuh di pulau sepi. Akhirnya pelayar kapal kalah dengan ciptaanNya yang bernama ombak dan ribut. Tiada akal dan tiada otak. Bagi pelayar yang berjaya melabuhkan kapalnya pula merupakan wira samudera, bijak dan hebat megawal keadaan serta perkasa membunuh rasa takut . Kini pelayar yang berjaya sudah tiba di pelabuhan. Kemana destinasinya? Itulah hikmah manusia, dijadikan untuk benar-benar manjadi “Manusia yang Manusia”. Contohilah ibnu sina yang mana terus berusaha untuk mempelajari sesuatu ilmu tanpa mengenal putus asa, setelah memahaminya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT. Ayuh, kita memperbaiki diri kita. “HIJRAH ITU LAUTANNYA DUGA , NAMUN PELABUHANNYA INDAH”
0 comments:
Post a Comment