Subscribe:

Pages

April 3, 2010

Menanti pada yang tidak pasti

~Rasa hiba dalam hati ini setelah melayari satu thread forum dalam IluvIslam. Betapa hebatnya penangan cinta manusia. Maruah tergadai, Ibarat habis madu sepah dibuang. Masih lagi mendambakan cinta manusia. Duhai adikku dengar ini..Akak menyayangimu kerana Allah.. Yakinlah sayangku..kerana yakin pada Allah itu dengan meletakkan Redha pada setiap ketentuanNYA..~


Menanti pada yang tidak pasti


Mengapa adikku menanti yang tidak pasti

Perlukah dirinya sebagai pengganti

Kenapa masih dicari

Setelah si dia memesongi


Jalan apa lagi yang kau cari

Jalan bahagia bukanlah disini

Cintamu terhadap si dia

Adakah bisa menandingi

Cinta yang hakiki


Tangisan demi tangisan kau tangisi

Tiada dapat kau ditemui

Andai itu jalan yang kau jejaki


Carilah jalan kembali

Kepada pangkuan illahi

Kelak kan kau temui

Cinta yang pasti



"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al Baqarah : 216)

1 comments:

MF said...

Jzkk ats perkongsian.. InshaAllah, bermanfaat buat kita semua..

Yup, buat apa mnunggu yg tdk pasti..
Sdangkn org yg beriman, yakin apa yg pasti. Mereka bfikiran ke hdpn.. Yakin 'Hari itu pasti kan tiba'. Hari pnikahan.. Lbih Allah redha..

Klu xsmpat xpa, inshaAllah, kubur bg org2 yg beriman lg hebat, yakni mrupakan salah satu tmn2 syurga (refer hadis)..

Mmg taktik kuffar utk mrendah2kn wanita sbg mainan lelaki, mnjd model tepi kreta, bhn tukar gnti lelaki dsb..

Teruskan menulis..
Wallahu'alam..

http://www.eramuslim.com/muslimah/kepada-saudariku-para-muslimah-kami-iri-pada-kalian.htm

Post a Comment