Subscribe:

Pages

April 10, 2010

Menikmati Solat Tahajjud



~Setelah lama menyepikan diri daripada berposting, kali ini saya ingin berkongsi pembacaan saya daripada sebuah buku berjudul “Diari Hidup Rasulullah SAW. InshaAllah sedikit sebanyak dapat kita menambah pengetahuan~


1. Sebelum kita tidur kita hendaklah berniat untuk melakukan solat sunat tahajud.

Abu Darda’ meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda,


“Siapa tidur dan berniat mahu melakukan solat malam, kemudian tertidur sehingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahal, manakal tidurnya itu dianggap sebagai kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya

(HR Nas’i dan Ibnu Majah)


2. Kita hendaklah menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun dengan membaca doa’


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


3. Seterusnya, bangunkanlah isteri (dan sebaliknya). Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :


“Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada lelaki yang bangun malam untuk solat, lalu membangunkan isterinya. Apbila isterinya menolak, dia perlu memercik air kepada mukanya. Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada isteri yang bangun malam untuk solat, lalu membangunkan suaminya. Apabila suaminyanya menolak, dia perlu memercik air kepada mukanya.

(HR Abu Daud)


Luahan hati ini : Alangkah indahnya hubungan yang dijalinkan kerana Allah. Ya Allah, kurniakanlah seorang suami yang soleh yang mampu mendidik aku, membawa aku kepada jalanMu dan membimbing aku duniawi dan ukhrawi serta mencintaiku keranaMu Ya Rabb. Tarbiahkan aku ya Allah, supaya aku menjadi hambamu yg beriman, anak yang solehah, Isteri yang solehah dan seorang ibu yang mithali”


4. Kita hendaklah berada dalam keadaan yang segar untuk melakukan solat. Aisyah meriwayatkan Rasulullah bersabda :


“Apabila kalian bangun malam untuk bersolat, kemudian terasa berat untuk membaca Al-Quran hingga tidak sedar apa yang dibacanya itu, sebaik-baiknya dia tidur lagi”

(HR Muslim)


Selain itu, pada suatu malam Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid dan terbentang antara dua tiang lalu baginda bertanya “ Apakah ini?” Orang menjawab “ Itu milik Zainab. Sekiranya dia letih atau mengantuk dia tidur disitu. Kemudian Rasulullah SAW berkata,


“ Tanggalkan tali itu! Seseorang itu hanya solat apabila dia segar dan apabila dia letih ataupun mengantuk, sebaik-baiknya dia tidur” (HR Bukhari dan Muslim)


5. Solat malam yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk dan berterusan serta tidak menganggap sebagai beban. Aisyah meriwayatkan Rasullah SAW bersabda,


“ Kerjakanlah semua amalan itu mengikut kekuatan dan kemampuan kamu. Sumpah Allah tidak jemu memberikan pahala hingga kalian jemua beramal” (HR Bukhari dan Muslim)


~Ayuh sahabat-sahabat kita tingkatkan saham akhirat kita~

0 comments:

Post a Comment