~Sedikit perkongsian dari usrah tadi buat sahabat-sahabat~
Firman Allah SWT :
“...Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia...”
(Ali Imran: 112)
Maksud Hablum minallah pada ayat ini ialah :
Kekuatan jemaah tercipta setelah kembali kepada al-Quran. Ini adalah kerana Al-Quran membawa kita kepada jalan yang lurus sebagaimana terdapat dalilnya dalam hadith Nabi SAW.
Dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith rasul dengan jelas menyeru agar para hamba-hambanya yang beriman sentiasa bersatu padu dengan berpegang teguh pada tali Allah. Antaranya adalah :
Firman Allah SWT :
Ertinya : “ Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”
Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Ia (Al-Quran) tali Allah yang kuat dan jalanya yang lurus
Dimaksudkan tali Allah diantaranya :
· Hablullah : maksudnya “Al-Jamaah” . Mengikut tafsiran Abdullah bin Mas’ud ini menunjukkan berjemaah itu wajib dan berpecahbelah adalah haram dan berdosa besar
· Hablullah : Maksudnya “Al-Islam” sebagai agama Allah SWT yang mana manusia di persaudarakan oleh Allah.
· Hablullah : Dari Ibnu Abbas RA beliau berkata, ia adalah “Al-Quran” : Dimaksudnya dengan Al-Quran kerana ia dapat merawat penyakit hati dan kita hendaklah berpegang pada Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada jalan lurus, cahaya yang terang, penyelamat dunia akhirat dan menjamin bagi sesiapa yang mengikutinya.
· Hablullah : maksudnya “ Siraatul Mustaqim” penunjuk bagi jalan lurus, yang mana manusia akan bersatu jika mengikut satu jalan lurus
· Hablullah : maksudnya “ Al-Ikhlas” sebagi dijelaskan oleh Abu Illiaas Rahimahullah katanya : Ertinya dengan ikhlas bagi Allah yang satu.
· Hablullah : maksudnya “Perjanjian dan perintah Allah SWT” sebagaimana yang dijelas oleh Al-Qataadah yang memberi makna kesanggupan mematuhi suruhan Allah SWT.
Jadi , Bagaimanakah bagi menjayakan langkah –langkah tersebut dan apakah tindakan kita?
~Muhasabah diri ini~
1 comments:
salam..untuk Firman Allah SWT :
Ertinya : “ Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”
ini diambil dari surah mana dan ayat berapa?mohon diperjelaskan dan di jawab melalui email hanz_hanby@yahoo.com..terima kasih
Post a Comment