Subscribe:

Pages

April 24, 2010

Tasawur Islam 1 : Keistimewaan dan ciri-ciri

~ Sedikit perkongsian tentang tasawur Islam, semestinya sedikit sebanyak sahabat-sahabat pernah mempelajarinya. Kali ini, ia adalah bersifat "reminder" buat kita betapa indahnya Islam itu sendiri ~

Rabbaniah

Ia merupakan aqidah syariah, mualamalat akhlak ibadah menyusun kehidupan manusia agar tenteram dan bahagia di dunia dan dia akhirat. Selain itu, ia akan menjadikan seorang hamba yang ikhlas. Autoriti daripada Allah dan manusia pelaksana kepada wahyu Allah. Matlamat utama adalah hubungan yang baik dengan Allah menuju keredhaaNYA

Faedah Rabbaniyah
- Mengetahui matlamat kehidupan manusia
- Mengikut panduan fitrah
- Kesejahteraan jiwa dari konflik batiniyah
- Membebaskan diri dari perhambaan kepada hawa nafu


Syumuliah


Islam adalah untuk semua zaman tidak dibatasi oleh generasi bangsa dan taraf. Ia merupakan seruan keadilan untuk semua insan. Tidak kiralah Islam atau tidak. Risalah manusia dalam semua fasa kehidupan, dimana tiadak ada satu perkara pun x diambil kira.
Merangkumi aspek kehidupan: aqidah, ibadat, akhlak dll. Dinamika Islam sebagai manhaj yang komprehesif


Alamiyah


Iaitu tamadun Islam bersifat universal.Ajaran Islam itu boleh memenuhi citarasa semua manusia.Undang -undang Islam menepati fitrah atau "human nature". Islam itu tidak khusus untuk bangsa atau kepercayaan tertentu, Ia ditujukan kepada semua manusia untuk membina kesejahteraan hidup


Waqaiyyah


Secara idealnya islam meletakkan manusia ditempat yang paling sempurna sebagai tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh manusia. Ia dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kejadian manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran dan peraturan Allah.

Oleh itu, kehidupan manusia sentiasa terpelihara dan berada di landasan Ilahi. Teras mencapai kesempurnaan itu adalah keserdahanaan dalam kehipuan manusia.


~InshaAllah, nanti kalau ada kelapangan saya updatekan untuk Tasawur Islam 2~

1 comments:

Anonymous said...

thanks 4 ur post..sy mndpt manfaat dpdnya..(^_^)V

Post a Comment