June 6, 2010
Warkah Ke Syurga
June 5, 2010
Surat Cinta Buat Jiwaku
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "
Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".
SUMBER
May 29, 2010
Sad al-Zarai'
~ Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian, telah lama perkara ini bermain di fikiran saya, Sad al-Zarai’, Sejauh Manakah Pelaksanaanya di Malaysia? Terdetik tentang isu ini apabila ustaz saya mengupas sedikit sebanyak tentangnya~
Sad al-Zarai’ iaitu salah satu cara menutup pintu kerosakan. Sebagai contoh penutupan kedai arak itu lebih baik, atau pengharaman keatas premis-premis judi atau pelacuran. Mencegah kemungkaran yang menjadi prinsip dan kewajipan orang-orang yang beriman, terutama mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memerintah dan mentadbir Negara atau negeri.
Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah, telah membakar hangus sebuah perkampungan yang membuat perusahaan memproses arak. Begitu juga sebuah kedai menjual arak yang digelar oleh saidina Umar sebagai makhluk perosak yang dimiliki oleh Ruaisiq as-Saqafi, juga turut dibakar hangus.
Alim ulama semua mazhab bersependapat tentang wajibnya memusnahkan rumah yang dibina untuk tujuan maksiat kepada Allah SWT. Cara Saidina Umar adalah cadangan membakar hangus premis berkenaan, mungkin tindakan itu adalah sesuai pada zamannya.
Pada zaman kini, mungkin dengan pembatalan lesen perniagaan dan lesen premis sudah dianggap memadai, asalkan perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan berhikmah. Langkah ini adalah sebagai tanda patuh pada Allah SWT. Selain itu, ia bertujuan untuk menjaga maslahat ummah terutama remaja kini, agar mereka terhindar daripada gejala maksiat dan keruntuhan moral.
Selain itu, kita hendaklah mengambil iktibar daripada tindakan Rasulullah SAW dengan meruntuhkan dan membakar masjid Dhirar, yang mana memberi ingatan bahawa kerajaan Islam mesti bertindak tegas terhadap apa jua tempat maksiat kepada Allah SWT dan
RasulNya.
Kesimpulan
Sebagai tujuan “Amar makruf nahi mungkar”,pihak berkuasa semestinya berusaha mewujudkan ketakwaan dalam sistem bernegara agar hasil ketakwaan itu dapat dikongsi dan disebarkan bersama-sama. Dengan itu lahirlah “Khairul Ummatin” (umat yang yang beriman kepada Allah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan).
Jika nama bangunan yang diberi nama masjid pun menerima padah diruntuhkan dan dimusnahkan oleh Rasulullah SAW, bagaimana pulan dengan tempat yang dibina dengan niat untuk kegiatan maksiat terhadap Allah seperti pusat perjudian, pusat pelacuran dan seumpanya? Jawapannya telah nyata, ia mesti dimusnahkan. Terpulanglah atas kebijaksanaan pihak berkuasa dan mengikut keadaan semasa asalkan ia ditutup dan operasinya ditamatkan.
Rujukan
Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Modul Pengajian Islam, Sumber Hukum Dalam Islam; Sumber Hukum Sekunder
May 25, 2010
Sains Menurut Islam
~Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarkatuh,
Barakallahu fiika (semoga Allah merahmati mu)
Segala puji hanyalah bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, semoga Shalawat dan Salam atas nabi terakhir Muhammad Shalallahu 'alaihi wa salam, tidak ada nabi setelah baginda Shalallahu 'alaihi wassalam, semoga Shalawat dan Salam atas keluarga baginda, shahabat baginda dan orang – orang yang mengikuti Sunnah baginda sampai akhir zaman.~
Falsafah Ilmu Islam
Ilmu yang sebenar ialah yang dapat membawa manusia mengenai khaliqnya. Makrifatullah ialah sumber bagi ilmu yang dipunyai oleh manusia demi menghampirkan diri kepada Allah. Tujuan menuntut ilmu ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah bagi membolehkan manusia mencapai tahap kesempurnaan hidupnya iaitu untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah dan meningkatkan ketakwaannya.
Ciri-ciri Sains Islam
Mengukuhkan iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains
Sains berlunaskan prinsip tauhid. Melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya Khaliq iaitu Allah SWT.
Sains dan ilmu pengetahuan merupakan asset pelaburan amal soleh untuk kebahagian akhirat
Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah termasuk fenomena pelik, ajaib dan aneh
Sains Islam menekan kan kepada aspek keberkatan ilmu dalam membolehkan seseorang ilmuan memiliki sifat arif dan bijaksana dan bebas dari sifat jahil.
Sains terikat dengan nilai akhlak yang ditentukan syariah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
Kebenaran dalam sains dapat meemukan seseorang kepada hakikat kebenaran
Segala yang wujud di alam nyata adalah suatu pernyataan organic yang saling memerlukan.
Tujuan dan Matlamat Sains Islam
Mengarah dan membawa manusia untuk mengenali Allah SWT
Mendekatkan seseorang kepada Allah SWT
Mencapai matlamat kesempurnaan tujuan hidup iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT
Mempertingkatkan amal ibadah , kerja-kerja social (amal soleh) dan sumbangan jasa bakti kepada ummah
Memperoleh dan mencapai kecemerlangan hidup dalam semua bidang dan aspek kehidupan
Memungkin manusia mengeksploitasi kahazanah alam dan sumber yang dianugerah Allah SWT.
May 21, 2010
Pejuang Kebenaran
~Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua, Alhamdulillah sudah selesai exam saya dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT dipermudahkan urusan saya. Alhamdulillah Ya Rabb. Setelah sekian lama mengambil masa untuk menconteng di blog ini, akhirnya dapat jua saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Buat sahabatku yang tersayang , andai kesibukanku ini menguris hatimu, Maafkan daku sahabat.Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah~
Kali ini perkongsian saya berdasarkan sebuah buku yang bertajuk ”IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN”. Bukan ulasan buku ini yang bakal saya kongsi, tapi pesan dan nasihat dari Imam Syafie buat sahabat-sahabatku yang tersayang
- Wahai kaum muslimin sekalian. Sesungguhnya tidak ada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang yang lebih berguna selain daripada akal. Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut.
- Doa imam Syafie dalam majlis ilmunya, “ Bismillahirrahmanirrahim. Wahai Tuhn kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskan fahaman kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan permudahkan urusan kami. Ya Allah, Ya Nur, keluarkanlah kami daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada kami makrifat ilmuMu, Berikanlah kepada hati kami akan cahaya sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniamu, wahai Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana”
- Hanzdalah bertanya kepada imam Syafie “Bagaimana tuan dapat menerima dan menghormati orang yang tuan ketahui dirinya adalah LAWAN tuan? Imam Syafie menjawab dengan penuh tawaduk, “LAWAN saya itu ada kebaikan dan faedahnya bagi saya, LAWAN itu peranan mereka ibarat cermin yang sentiasa menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita”
- “Jangan terlalu memuji, bimbang kita lupa diri. Oleh itu harga diri seseorang itu berdasarkan apa yang dilakukan bagi memperbaiki dirinya”
- “ Apabila kita menikmati makanan, pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Tetapi jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan ia malas dan suka tidur. Itu menyukarkan untuk beramal ibadat”
- ”Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis,tinggi martabatnya, siapa yang mempelajari bahasa lembut hatinya, siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan sesiapa tidak memelihara dirinya, tidak beerti ilmunya”
- ”Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan . Tidakkah kamu tahu, harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar dengan batu”
- ” Seseorang yang bersikap warak tidak akan mempedulikan keaiban orang lain keran sibukkan memikirkan keaiban sendiri. Ibarat orang sakit tidak munkin menghiraukan kesakitan orang lain kerana sibuk memikirkan penyakitnya sendiri”
Hayatilah puisi Imam Syafie :
Bila hatiku keras degil
Dan kemahuanku menjadi sempit
Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan
Dosa ku mungkin besar
Tetapi keampunan Engkau lebih besar
Engkau pemilik keampunan
Dan masih tetap mengampunkan
Jika Engkau tidak izinkan
Iblis tidak dapat menggoda
Adam hambamu yang suci
Sampai dia boleh diperdayakan
Ampuni aku wahai Tuhanku
March 29, 2010
Peristiwa Pemulauan Golongan Mukhallafun (Golongan berkhilaf dengan Rasulullah SAW)
~Setelah membaca buku tentang Muhammad SAW karangan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Saya cukup tersentuh dengan peristiwa pengampunan Kaab bin Malik, Marrarah bin ar-rabie’ dan Hilal bin Umaiyah. Mereka telah dipulaukan selama 50 hari sehingga turunnya wahyu menyatakan bahawa taubat tiga orang yang tidak menyertai Perang Tabuk diterima oleh Allah SWT.~
Firman Allah SWT dalam surah At-taubah : 118 ,
Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Rasulullah SAW telah menghebahkan kepada orang ramai bahawa taubat Kaab bin Malik, Marrarah bin ar-Rabie’ dan Hilal bin Umaiyah telah diterima oleh Allah SWT.Dosa mereka kerana tidak mematuhi arahan Rasulullah SAW untuk ke medan tabuk telah dihapuskan sepenuhnya. Berakhirlah saat gelisah bagi tiga sahabat baginda itu.
Sepanjang tempoh pemulauan itu, Marrarah bin ar-Rabie’ dan Hilal bin Umaiyah berkurung didalam rumah, dalam keadaan menangis, mencucurkan air mata setiap hari kerana terlalu sedih dengan pemulauan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Manakala Kaab bim Malik mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Kaab bin Malik memerhati samada mulut Rasulullah SAW bergerak untuk menjawab salamnya ataupun tidak. Ketika solat Kaab bin Malik mendirikan solat hampir dengan Rasulullah SAW. Sebaik selesai solat, Kaab bin Malik mendapati baginda berpaling muka meninggalkannya.
Setelah 40 hari berlalu, datang seoarang sahabat membawa arahan Rasulullah SAW : melarang kaab bin Malik tinggal bersama-sama isterinya. Jika sebelum ini keduanya tealah menghabiskan waktu dengan menangis mencurahkan air mata. Dengan arahan ini, bertambahlah derita jiwa kedua sahabat itu, hingga seolah-olah kering air mata.
Pada subuh hari yang ke 50, ketika Kaab bin Malik sedang mendirikan solat kedengaran suara bersahut-sahutan dari bukit Sana’ , “Wahai Kaab, terimalah khabar gembira”. Berita itu adalah turunnya wahyu menyatakan bahawa taubat tiga orang yang tidak menyertai perang tabuk telah diterima oleh Allah.
Kesimpulan
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sanggup bermandikan air mata, sanggup menerima pemulauan dari masyarakat masa itu selama 50 hari,sanggup untuk berpisah dari isteri kerana ingin memohon taubat dari Allah. Diri ini bagaimana? Tiada kesukaran untuk memohon taubat dari Allah tetapi masih lagi duduk dalam keadaan senang.
Ayuh bangkit dari kealpaan. Betapa sayangnya Allah SWT kepada kita. Pintu taubat terbentang luas, Allah SWT itu Maha Pengampun. Sama-sama kita perbaiki diri kita.
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”
(Muslim)
Rasanya tidak sanggup sekiranya Rasulullah SAW memaling muka dari kita. (Ya Allah, sedihnya). Andai kita ditempat Kaab bin Malik pada masa itu? Bagaimanakah reaksi kita?
Dosa adalah masalah besar kepada orang beriman, ia adalah halangan bagi mereka menikmati kebahagian di akhirat. Apabila dosa tiga orang sahabat itu diampunkan , jesteru oran ramai turut gembira. Demikianlah persaudaraan dalam Islam, bersama merasai apa yang ditanggung oleh sahabatnya. Berdukacita ketika saudaranya ditimpa musibah dosa. Turut gembira apabila saudaranya mendapat nikmat keampunan dari Allah SWT. Bagaimana dengan persaudaraan kita?
~Muhasabah diri ini~