Subscribe:

Pages

May 29, 2010

Sad al-Zarai'

~ Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian, telah lama perkara ini bermain di fikiran saya, Sad al-Zarai’, Sejauh Manakah Pelaksanaanya di Malaysia? Terdetik tentang isu ini apabila ustaz saya mengupas sedikit sebanyak tentangnya~


Sad al-Zarai’ iaitu salah satu cara menutup pintu kerosakan. Sebagai contoh penutupan kedai arak itu lebih baik, atau pengharaman keatas premis-premis judi atau pelacuran. Mencegah kemungkaran yang menjadi prinsip dan kewajipan orang-orang yang beriman, terutama mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memerintah dan mentadbir Negara atau negeri.


Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah, telah membakar hangus sebuah perkampungan yang membuat perusahaan memproses arak. Begitu juga sebuah kedai menjual arak yang digelar oleh saidina Umar sebagai makhluk perosak yang dimiliki oleh Ruaisiq as-Saqafi, juga turut dibakar hangus.


Alim ulama semua mazhab bersependapat tentang wajibnya memusnahkan rumah yang dibina untuk tujuan maksiat kepada Allah SWT. Cara Saidina Umar adalah cadangan membakar hangus premis berkenaan, mungkin tindakan itu adalah sesuai pada zamannya.


Pada zaman kini, mungkin dengan pembatalan lesen perniagaan dan lesen premis sudah dianggap memadai, asalkan perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan berhikmah. Langkah ini adalah sebagai tanda patuh pada Allah SWT. Selain itu, ia bertujuan untuk menjaga maslahat ummah terutama remaja kini, agar mereka terhindar daripada gejala maksiat dan keruntuhan moral.


Selain itu, kita hendaklah mengambil iktibar daripada tindakan Rasulullah SAW dengan meruntuhkan dan membakar masjid Dhirar, yang mana memberi ingatan bahawa kerajaan Islam mesti bertindak tegas terhadap apa jua tempat maksiat kepada Allah SWT dan

RasulNya.


Kesimpulan


Sebagai tujuan “Amar makruf nahi mungkar”,pihak berkuasa semestinya berusaha mewujudkan ketakwaan dalam sistem bernegara agar hasil ketakwaan itu dapat dikongsi dan disebarkan bersama-sama. Dengan itu lahirlah Khairul Ummatin” (umat yang yang beriman kepada Allah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan).


Jika nama bangunan yang diberi nama masjid pun menerima padah diruntuhkan dan dimusnahkan oleh Rasulullah SAW, bagaimana pulan dengan tempat yang dibina dengan niat untuk kegiatan maksiat terhadap Allah seperti pusat perjudian, pusat pelacuran dan seumpanya? Jawapannya telah nyata, ia mesti dimusnahkan. Terpulanglah atas kebijaksanaan pihak berkuasa dan mengikut keadaan semasa asalkan ia ditutup dan operasinya ditamatkan.


Rujukan


Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Modul Pengajian Islam, Sumber Hukum Dalam Islam; Sumber Hukum Sekunder

1 comments:

ubeidillah said...

Alhamdulillah Syukran kathir..

Post a Comment