Subscribe:

Pages

May 25, 2010

Duhai Adikku Sayang


(Gambar ini diambil semasa sedang mengajar iqra',Kakak "candid" sikit ye(^_^), Sayang Dila)


~Assalamualaikum sahabat-sahabatku, Memandangkan cuti, dapatlah meluangkan masa menconteng di blog ini. Akan tetapi, kadang-kadang internet ni bermasalah sikit. Sabar itu sebahagian dari iman Kali ini penulisan ditujukan khas buat adikku tersayang Siti Fadheela Nashwa~



Madah pembuka bicara


Duhai adikku,

Jagalah akhlak mu,

Kerna akhlak buruk itu,

Bakal merosakkan amalanmu,

Ibarat cuka merosakkan madu,


Duhai adikku,

Sempurnakan imanmu,

Tanda ketinggian agamu,

Tanda kemuliaan akhlakmu,

Tanda keteguhan peganganmu,


Duhai adikku

Katakanlah perkara baik

Atau diamkanlah bicaramu,

Jagalah pergaulan mu ,

Muliakanlah tetamu mu itu,

Agar dikau beroleh tempat tertinggi

Menjadi pilihan Ar-Raafi’

Dikasihi Rasullah SAW


Rujukan


Sumber Hadith : Jakim



1. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

Riwayat Ibnu Abi Dunya


2. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

Riwayat At - Tirmidzi


3. Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”

Riwayat at-Tabrani


4. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim


0 comments:

Post a Comment