Subscribe:

Pages

May 4, 2010

Coretanku

~Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas kurniaNYA, dapat lagi saya berposting. Begitu banyak cabaran yang ditempuh saban hari, InshaAllah, yakin padaNYA adalah meletakkan redha atas ketentuanNYA~



Terlebih dahulu, Assalamualaikum buat sahabat yang dikasihi. Pemergian saya setelah beberapa minggu adalah bertujuan untuk mensucikan hati ini. Mahu lari dari kesibukan duniawi yang mana menarik kita tenggelam saban hari.


Dunia oh dunia,

Ibarat rumah diatas ombak,

Geloranya tiada menentu

Pasang surutnya tiada yang tahu


Dunia oh Dunia

Gembiranya itu dibungkus kesukaran,

Kerna ia tidak berkekalan

Untuk menelusuri ke alam baqa,


Dunia oh Dunia,

Hanyalah sementara,

Terhanyut dibuai dalam mimpinya,

Kelak jua akan binasa


Berbicara tentang penyakit hati,sememangnya begitu sukar. Andai dibiarkan hati kita lama kelamaan akan mengeras dengan sendirinya. Hilanglah nikmat beribadah kita, bertambahlah kegusaran hati, seolah-olah hidup tanpa mengenali erti bahagia sebenarnya.


Ya Allah, aku berserah kepada Engkau

Aku beriman kepada Engkau

Aku bertawakkal kepada Engkau

Aku kembali kepada Engkau

Aku berjuang kerana Engkau


Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Engkau

Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau

Janganlah aku disesatkan

Engkau yang hidup dan tidak akan mati

Sedangkan jin dan manusia akan mati


Lamaran pertama


(Monolog dalaman : Ku kira perkara ini tiada berlanjutan, buat sekali lagi teruji).


Wahai bakal zaujku,

Tuntutlah aku kejalan yang diredhaiNya

Agar terarah cinta itu kepada CintaNYa


Wahai bakal zaujku,

Letakkanlah keyakinanmu pada yang Satu,

Kelak kan kau temui ketenanganmu.

Kepada adik-adik akak,

Jangan buat “Statement” dengan berdasarkan andaianmu terhadap penulisan kakakmu ini. Kakakmu masih lagi belum bersedia untuk melangkah alam perkahwinan. Mencari ilmu untuk mempersiapkan diri.

P/s : Muda lagi ni (^_^)


Khas buat sahabat-sahabatku tersayang :

Buatmu mujahidah solehah,

Bidadari syurga, InshaAllah


Dengan kecantikanmu

Kau lebih bersinar dari matahari


Dengan akhlakmu,

Kau lebih wangi dari kasturi


Dengan kerendahan hatimu

Kau lebih tinggi dari rembulan


Maka pertahankanlah keindahan ini

Agar kau teruskan menjadi

Sayap kiri perjuanngan Islami

Penegak kalimah Allah di muka bumi


1 comments:

Suhana Amirul said...

Assalamu'alaikum ya ukht ya habibati..

Baru aja ni nak buat spekulasi. Tengok-tengok dah ada warning. Hehe~

Harap ukhti dalam keadaan sihat2 aja ya. Kangen banget kat Kak Fateh!

Post a Comment