Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah
Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua. Sepanjang pembacaan saya dalam sebuah At-Thariq Ilal Qulub, Bagaimana Menyentuh Hati Oleh Abbas As-Sisi. Jazakallahu khairan katheera buat empunya laman web “Library! – Demi Pena, Bacalah dengan Nama TuhanMu” yang menyediakan buku-buku yang menarik untuk dibaca. Alhamdulillah bertambah ilmu saya hari ini. Ingin saya kongsikan kepada sahabat semua.
Pada kebiasaannya dakwah yang dijalankan hanya tertumpu pada orang yang ingin didakwahkan tanpa mengenalpasti ciri-ciri mad’u. Melalui pembacaan saya, manusia dapat dikelaskan kepada tiga kategori , iaitu:
1.Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah.
Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang sepertiini harus diutamakankan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehinggatidak memerlukankan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidakbanyak kesulitan, insya Allah.
2.Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah
Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orangseperti ini menempati urutan kedua.
3.Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah
Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencemuhnya kerana perbuatan dan perangainya yang teruk.
Rasulullah saw. bersabda,"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalahorang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."(HR. Bukhari dan Muslim)
Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai: "Sejelek-jelek teman bergaul". (HR. Muslim)
Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sahabat-sahabat seperjuangan. Apa khabar semua? Mudahan dalam lindunganNya dan rahmatNya. Empunya blog ini pun kadang-kadang je meng’update’ blognya. Alhamdulillah baru sahaja selesai peperiksaan pertengahan dan cuti selama seminggu. Terasa rindu kepada sahabat-sahabat semua. Izinkan saya meluahkan rasa sayang saya kepada sahabat-sahabat, “SAYA SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH”
Dimanakah letaknya nilai Islam itu sendiri? Adakah ia hanya pada sekadar nama? Atau cukup menyatakan diri kita adalah Islam. Pengalaman saya yang pertama, sambil menunggu teksi untuk pulang ke rumah saya. Saya terdengar beberapa kumpulan golongan emas sedang berbual. Rasanya tidak perlulah saya nyatakan satu persatu akan apa yang diperbualkan oleh mereka. Bukan yang dibualkan itu yang bermanfaat malah mengandungi unsur berbaur lucah. Sedikit pun tiada rasa malu, sedangkan ramai anak-anak gadis dan wanita berada di kawasan itu.
Bagaimana bentuk Acuan, begitulah Kuihnya
Bagaimanakah untuk menghasilkan kuih yang cantik dan sedap rasanya sekiranya acuan dan adunan yang digunakan itu serba tidak kena. Lepas itu, mulalah melenting dan marah akan hasilnya kurang memuaskan hati. Apa yang saya ingin sampaikan disini, kita sering berbicara tentang isu keruntuhan akhlak remaja sekarang, dimana remaja akan dipertanggungjawab seratus peratus akan kesalahan yang dibuat. Dimanakah silapnya akan keruntuhan akhlak ini. Kuih atau acuannya?
“Melentur Buluh biarlah dari rebungnya”
Bagaimanakah untuk membentuk peribadi unggul serta akhlak yang mulia? Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu :
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
(Muslim)
Kemakmuran dan kesejahteraan itu boleh sahaja diperolehi dengan berbagai cara, termasuk dengan cara membelakangi nilai-nilai agama. Namun begitu kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai-nilai agama tidak akan dapat bertahan lama kerana ia sebenarnya kosong daripada berkat dan apa pun jua yang ketandusan berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu yang benar-benar bertepatan dengan kehendak syarak sama ada ia merupakan perkara wajib ataupun sunat. Ini disebabkan manusia itu sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya iaitulah bergantung pada keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T dalam setiap apa yang dilakukannya itu. Jika itu perkara yang baik insyaAllah ia akan selamat dunia dan akhirat tetapi jika sebaliknya lambat laun ia akan mendapat pembalasan dan kecelakaan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.
Selain daripada itu :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
(At-Tabrani)
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.
Saidina Ali r.a telah menyebut iaitu :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."
Sama-sama kita hayati nasihat Luqman Al hakim. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan buat diri kita.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".[31:13]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.[31:16]
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.[31:17]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [31:18]
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".[31: 19]
Khulasah
Bukan seratus peratus menyalahkan acuannya, akan tetapi ia perlu diambil serius tentang masalah ini. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang, sedangkan perkara ini merupakan perkara utama dalam permasalahan ini. Bila nasi sudah menjadi bubur, mulalah kita menunding jari kearah satu sama lain. Begitu juga baru-baru ini dikhabarkan kanak-kanak melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Puncanya adalah mereka menonton CD yang menayangkan perbuatan terkutuk itu.Saya sendiri amat tidak layak untuk membicarakan tentang isu kekeluargaan ini memandangkan saya belum lagi berkeluarga. Kata –kata ini saya ambil dari sebuah blog sahabat saya,
“Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya”-Slave of Almighty
Kata-kata ini cukup terkesan di hati saya. Kita perlu menyuarakannya. ISLAM ITU BUKAN HANYA PADA NAMA. Tetapi ingat bukan bermaksud kita perlu bersenang-lenang dengan menyalahkan ibu bapa kita. Masihkah dikau ingat akan lagu ini? “ Iman tidak dapat diwarisi”. Adapun ibu bapa kita melakukan kesilapan, sememangnya itu lumrah manusia. Tidak terlepas melakukan kesilapan. Hargailah ibu bapa kita, sayangilah mereka, tatanglah dengan penuh kecintaan.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [31 : 14]
~ Mohon nasihat dan komen dari sahabat ~ Perbetulkan apa yang salah sepanjang penulisan saya ini~
Tolong sampaikan pada dia Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Es...a.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. . Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. . Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.. Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. . Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. . Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.. Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu. . Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... Dan ingatan ini adalah buat diriku jua
Perkongsian dari Sahabat (Facebook) Gambar : Credits to Suhana..Cantik (^_^)
Pada kebiaasaanya bila tiba sahaja musim cuti, sempatlah saya mendengar luahan adikku ini memandangkan jarak kami berjauhan. Kesempatan ini, tidak saya sia-siakan. Dengarlah adikku, Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah.
Adikku,
Berusahalah menyediakan dirikan dirimu yakni solehkan dirimu terlebih dahulu supaya dikau mendapatkan yang solehah. Mantapkanlah ilmu didadamu itu supaya dikau akan berasa lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
Adikku,
Sekarang kita sebagai seorang anak mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. “First thing first” iaitu utamakanlah apa yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali lah prioritimu adikku.Berusahalah menjadi muslim sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara
Ya Allah
Ku tadah tanganku
Tunduk menghadapMu
Mengharapkan keampunan
Yang tulus daripadaMu
Titisnya mutiara jernih
Jatuh lembut mengusap pipi
Langsung ku suci diri ini
Dengan air mata taubat ku kini
Ya Rabbi.. Ya Ilahi..
Terimalah taubatku wahai Sang Pengasih
Ku rayu ku sujud hanya kepadaMu
Terimalah aku hambaMu yang hina
Yang mengharapkan cinta akan Tuhannya
Ku akui segala dosaku
Ku serah seluruh hidupku
Hanya untukMu Kekasihku
Oh Tuhan
Ampunilah aku
Ku mohon padaMu Ilahi
Berilah aku cahaya murni
Kan hatiku kukuh mengasihi
Syariat dan ukhrawi
Oh Tuhan Maha Penerima taubat
KepadaMu ku lukiskan
KepadaMu ku coretkan
Inilah taubat seorang pencinta
Blog ini hanyalah sekadar perkongsian pembacaan saya serta perkongsian bersama sahabat-sahabat saya..~Ukhwahfillah~
-Dahulu saya menggunakan nama Qudsia Aaminah -