Subscribe:

Pages

August 14, 2011

April 27, 2011

Nota Hati : Khas Buatmu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Luahan hati ini ku tujukan khas buat sahabatku yang tersayang (Buatmu Sahabat : Nor Hafiza)…InshaAllah, mudahan dikau terus berada dalam rahmatNYA..

 

Masih segar dalam ingatanku,
Tika itu bersama menelusuri liku-liku,
Kehidupan yang nyata sementara


Kau terus menyukir senyuman,
Kau terus menyulam ketabahan,
Disaat menempuhi ujian-Nya


Sungguh aku mengagumimu,
Kekuatan imanmu terhadap-Nya,
Keyakinanmu pada Pencipta,


Saat kau ingati daku tentang janji-Nya,
Damai hatiku, ketenangan sebenar-benarnya,
Oh! Indahnya bersamamu


Ya Allah, diKAU permudahkanlah urusannya,
Kerana aku mencintai dirinya keranaMu,
Syukurku kupanjatkan padaMu
Kerana telah menyatukan hati kami


P/s : Doakan sahabat ana..InshaAllah esok akan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara..

Catatan Dirinya buat daku :

Ya Allah Wahai Tuhan Yang Selalu Ada,
Kami hambaMu datang mengharap belas kasihMu,
Berikan kami keampunan atas segala kecuaian dan kesilapan kami,
Ya Allah ampuni kami yang tidak pernah puas pada apa jua kesenangan dunia
dan tidak pernah pasrah tanpa keluh kesah atas segala dugaan dan kesusahan yang sedikit
Ampuni kami Ya Rahman Ya Rahim,
Ya Allah Ya Fatah Ya Alim
Berikanlah kami kesihatan yang baik
Ilmu yang berguna 
Rezeki yang melimpah dan
Kejayaan di Dunia dan Akhirat
Peliharah kami disisiMu selalu kerana siapalah kami tanpa peliharaan dan kasihMu,
Terima Kasih Ya Allah SWT kerana pertemukan ku dengan seorang sahabat yang begitu baik,
Hanyalah pada MU sahajalah membalas kebaikannya,
KAU berikanlah kejayaannya dan kebahagiaan di dunia dan akhirat 

-17:59, 26 April 2011-

Assalamualaikum Warahmtullah..
Maaf Mengganggu..
" Namaku " Terima Kasih untuk segalanya
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita
Untuk kebahagian dunia dan Akhirat 
Jaga diri baik-baik
Selamat Malam
Kak Ja Sayangkan *namaku* kerana Allah SWT..

-0:52 27 April 2011-

Saat ini ku hanya bertemankan air mata.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusannya..


April 20, 2011

Nota Hati - 19 April 2011 -

Kekalutan dunia,
Kian menyesakkan dada,
Kian memudarkan cintaku,
Kian merampas kebahagian,
Kian mencuri masaku denganNya,
Kian merobek kesucian iman,
Kian menambah derita,
Angkara dunia yang sementara

Untuk itu,
Izinkan ku pergi buat seketika,
Bukan beerti ku melarikan diri,
Pergiku untuk mencari sinar Ilahi,
Untuk mencari erti kehidupan,
Menggenggam ketabahan,
Kekuatan iman,

Sungguh hidup ini,
Hanyalah sementara,
Pintaku hanya satu,
Ingati daku dalam doamu

 
p/s: Mungkin saya akan jarang online selepas ini.. InshaAllah, doaku sentiasa mengiringimu, sahabat..

 

March 26, 2011

Untitled


Tenggelamkanlah aku ke dalam cintaMu,
Kerana aku tidak sanggup menduakannya,
telah berkali-kali Engkau menegurku,
berkali-kali juga aku mengabaikannya

Tenggelamkanlah aku ke dalam cintaMu,
kerana aku tahu betapa pahitnya cinta dunia,
Dunia yang penuh dusta tiada cahaya,
terus kan memesongi daku kearah kegelapan

Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu,
kerana itulah sebenar-benar cinta,
Ingin sekali aku menggapai nur kasihMu,
Yang tidak pernah padam dalam mengingati aku.

Tenggelamkanlah aku dalam cintaMu,
kerana tidak sekali ku akan lemas tertewas,
dengan cinta dunia yang ternyata,
mencuri setiap hela nafasku terhadapMu.


QA- 2.53.26/3



















March 12, 2011

Mana Cintaku?

 
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta
Sumber : Opick – Rapuh

Masih lagi terngiang-ngiang lagu ni dilubuk hatiku ini. Sejauh mana cintaku padaMu? Ku terus koreksi diri ini.

Mana Cintaku ?

Assalamualaikum warahmatullah buat sahabat semua. Setelah sekian lama menghilangkan diri. Rasa terpanggil untuk menulis tentang topik ini. Percaya ataupun tidak, itu adalah realiti bagi seorang insan yang mencari jalan pulang. Pertaruhan antara hati dan nafsu. Kiranya hati berpegang teguh akan syariat maka bahagialah diri kita. Namun kiranya nafsu yang menjadi pegangan, maka berdukalah dirinya. Mana cintaku? Adakah cintaku buat seorang hamba milikNya? Adakah cintaku buat diriNya? 

Jalan Pulang

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
 
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Ia benar bukan senang mencintai diriNya. Perlu dilalui jalan yang sukar dan diuji dengan pelbagai dugaan. Namun setiap yang kita jalani merupakan pengalaman yang mendewasakan kita. Akan tetapi percayalah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al- Baqarah,286 : 

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Dalam kata lain, kita mampu menghadapi ujian tersebut. Samaada kita mahu hadapi ujian tersebut dengan sabar atau mungkin berputus asa setiap ujian keatas kita. Ya, ada ketika iman kita di goncang dengan goncangan kuat. Ya, ada ketika kita merasa lemah seolah-olah tiada lagi daya. Mohonlah kepadaNya, InshaAllah keadaan itu akan beransur pulih. InshaAllah jiwa yang gelisah itu akan beroleh ketenangan. 

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah (Al- Baqarah :214)

Lamunan Terhenti 

Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya, saat saya berada dalam situasi dimana hilangnya kekuatan. Saya cuba mendapatkan nasihat seseorang, cuba untuk meluahkan perasan. Akan tetapi saya tidak meletakkan diriNya sebagai yang pertama. Saya lupa bahawa diriNya akan sentiasa berada di sisi. Saya lupa akan diriNya yang dapat menghapus duka saya. Tiba-tiba terasa suatu yang mengejutkan saya akan kelalaian saya. Tempat yang terbaik buat mengharapkan jawapan serta pertolongan adalah diriNya. Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Tidak perlu “network coverage” untuk mencapainya. Tidak perlu “credit” untuk menghubunginya.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (AlBaqarah :107)

Monolog Hati
Ya Allah, seolah-olah aku telah membelakangimu tika itu. Mana yakinku terhadapMu, mana hilangnya percayaku terhadapMu. Aku telah menzalimi diriku dengan kelalaianku sendiri dalam mengingatiMu. Segera aku bersujud padaMu, terus menangis dengan sepuas hatiku. Ku tahu bahawa diriMu sentiasa ada buatku. 

Maafkan aku Ya Rahim,
Tiada yang dapat menyayangiku sebagaimana Engkau menyayangiku
Maafkan aku Ya Rahman
Tiada yang dapat mengasihiku sebagaimana Engkau mengasihiku


Mencari Nur CintaMu
Ya, saya masih mencari cintaNya. Namun, setiap sebuah pencarian itu, tidak lengkap dengan kiranya tiada halangan atau rintangan. Akan lebih bermakna sebuah pencarian itu kiranya ditempuhi dengan kesabaran. Tidak disediakan jalan yang mudah untuk mencintai diriMu.  Jom, sama-sama kita memohon cintaNya,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon kasih sayangMu,
Dan kasih orang yang mencintai diriMu
Serta amalan yang mendekatkan diriku padaMu,

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri,
Ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk..

~Cinta manusia punyai banyak kekurangan kerna cinta yang sebenar-benarnya adalah milikNYa~


Pohonlah cinta yang suci dari NYA,
Mudahan beroleh cinta yang hakiki

.::                                                                     ::.
Qudsia Aaminah , 11.13 pm : 12 Mac 2011

January 19, 2011

Destinasi Terakhir

~Assalamualaikum, setelah lama tidak "mengupdate" blog. Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari saya buat sahabat-sahabat semua. Ingati saya kiranya saya tersalah atau tersilap. Barakallahufikum. (^__^) ~


Apabila matahari dilingkari cahayanya

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur

Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, ditanya,

Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Dan apabila surat-surat amal dibentangkan

Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya

Dan apabila neraka dinyalakan menjulang

Dan apabila Syurga didekatkan

Setelah semuanya itu berlaku, tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

(At-Takwiir : 1 - 14)