Subscribe:

Pages

July 20, 2010

Acuan & Kuih


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sahabat-sahabat seperjuangan. Apa khabar semua? Mudahan dalam lindunganNya dan rahmatNya. Empunya blog ini pun kadang-kadang je meng’update’ blognya. Alhamdulillah baru sahaja selesai peperiksaan pertengahan dan cuti selama seminggu. Terasa rindu kepada sahabat-sahabat semua. Izinkan saya meluahkan rasa sayang saya kepada sahabat-sahabat, “SAYA SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH”


Dimanakah letaknya nilai Islam itu sendiri? Adakah ia hanya pada sekadar nama? Atau cukup menyatakan diri kita adalah Islam. Pengalaman saya yang pertama, sambil menunggu teksi untuk pulang ke rumah saya. Saya terdengar beberapa kumpulan golongan emas sedang berbual. Rasanya tidak perlulah saya nyatakan satu persatu akan apa yang diperbualkan oleh mereka. Bukan yang dibualkan itu yang bermanfaat malah mengandungi unsur berbaur lucah. Sedikit pun tiada rasa malu, sedangkan ramai anak-anak gadis dan wanita berada di kawasan itu. 
Bagaimana bentuk Acuan, begitulah Kuihnya

Bagaimanakah untuk menghasilkan kuih yang cantik dan sedap rasanya sekiranya acuan dan adunan yang digunakan itu serba tidak kena. Lepas itu, mulalah melenting dan marah akan hasilnya kurang memuaskan hati. Apa yang saya ingin sampaikan disini, kita sering berbicara tentang isu keruntuhan akhlak remaja sekarang, dimana remaja akan dipertanggungjawab seratus peratus akan kesalahan yang dibuat.  Dimanakah silapnya akan keruntuhan akhlak ini. Kuih atau acuannya?

“Melentur Buluh biarlah dari rebungnya”

Bagaimanakah untuk membentuk peribadi unggul serta akhlak yang mulia? Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu :

 Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
(Muslim)


Kemakmuran dan kesejahteraan itu boleh sahaja diperolehi dengan berbagai cara, termasuk dengan cara membelakangi nilai-nilai agama. Namun begitu kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai-nilai agama tidak akan dapat bertahan lama kerana ia sebenarnya kosong daripada berkat dan apa pun jua yang ketandusan berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu yang benar-benar bertepatan dengan kehendak syarak sama ada ia merupakan perkara wajib ataupun sunat. Ini disebabkan manusia itu sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya iaitulah bergantung pada keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T dalam setiap apa yang dilakukannya itu. Jika itu perkara yang baik insyaAllah ia akan selamat dunia dan akhirat tetapi jika sebaliknya lambat laun ia akan mendapat pembalasan dan kecelakaan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.


Selain daripada itu :


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
(At-Tabrani)


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.
Saidina Ali r.a telah menyebut iaitu :

Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."



Sama-sama kita hayati nasihat Luqman Al hakim. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan buat diri kita.

  1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".[31:13]

  1. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.[31:16]

  1. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.[31:17]

  1. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [31:18]

  1. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".[31: 19]



Khulasah


Bukan seratus peratus menyalahkan acuannya, akan tetapi ia perlu diambil serius tentang masalah ini.  Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang, sedangkan perkara ini merupakan perkara utama dalam permasalahan ini. Bila nasi sudah menjadi bubur, mulalah kita menunding jari kearah satu sama lain. Begitu juga baru-baru ini dikhabarkan kanak-kanak melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Puncanya adalah mereka menonton CD yang menayangkan perbuatan terkutuk itu.Saya sendiri amat tidak layak untuk membicarakan tentang isu kekeluargaan ini memandangkan saya belum lagi berkeluarga. Kata –kata ini saya ambil dari sebuah blog sahabat saya,

“Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya”-Slave of Almighty

Kata-kata ini cukup terkesan di hati saya. Kita perlu menyuarakannya. ISLAM ITU BUKAN HANYA PADA NAMA. Tetapi ingat bukan bermaksud kita perlu bersenang-lenang dengan menyalahkan ibu bapa kita. Masihkah dikau ingat akan lagu ini? “ Iman tidak dapat diwarisi”. Adapun ibu bapa kita melakukan kesilapan, sememangnya itu lumrah manusia. Tidak terlepas melakukan kesilapan. Hargailah ibu bapa kita, sayangilah mereka, tatanglah dengan penuh kecintaan.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [31 : 14]

~ Mohon nasihat dan komen dari sahabat ~ Perbetulkan apa yang salah sepanjang penulisan saya ini~ 

Rujukan Hadith : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Salam~
Terima Kasih atas perkongsian kak.

Sebenarnya su dah taip panjang dah tadi, tapi kenapa page akak tiba-tiba ter'reload' dan akhirnya semua yang su taip hilang.

Allah~ Sedih pulak rasa.

Tapi bagi su, su takkan si remaja tersebut 100%. Su juga seorang remaja yang sedang meningkat remaja.

Itu dugaan bagi mereka dari ALLAh. Orang-orang di sekeliling mereka bertanggungjawab dalam perbuatan mereka. Allahu ALLAh.. Orang-orang di sekeliling mereka itu adalah kita..

Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang faham akan agama. Tak semua orang berasal dari keluarga yang alim tentang Islam. Namun di sini, bukanlah bermaksud ALLAh itu zalim kerana kita semua tidak dilahirkan dalam keluarga yang begitu. ALLAh janji, ALLAh tidak mensia-siakan setiap dari ciptaannya.

Hal ni ; isu semasa, buang bayi, kes rogol dan banyak lagi kes keruntuhan akhlak.. Berbalik pada didikan agama yang telah diberikan sedari rumah sblm pandai melangkah keluar dari rumah. Jika didikan yang baik tidak diterapkan dalam diri seorang anak, maka apa sebenarnya yang diharapkan?

Kalau orang terbiasa dengar ayat anak derhaka. Maka ibu bapa pun boleh jadi derhaka kepada anak sendiri. Sebab tidak berikan didikan agama dan didikan duniawi. Hak anak perlu dipenuhi.. Hak hanya amanah ALLAh. Bagaimana bisa ibu bapa yang tidak pernah memberikan didikan agama dan tidak memberikan contoh yang baik mengharap anak mereka tidak menjadi 'jahalis'?

AlLAh Maha Besar, tidak semua anak-anak yang berasal dari keluarga yang tidak amal Islam menjadi rosak. Dan tidak semua anak yang berasal dari keluarga yang faham dan amal Islam akan mengamalkan Islam sehingga akhir hayatnya.

Namun begitu, walaupun remaja tak disalahkan 100%.. Hal ni berbalik pada diri sendiri juga. Hidayah ALLAh takkan datang kalau tidak berdoa dan mencari..

Kesedaran dalam diri tentang yang baik dan buruk itu perlu tersemat dalam hati. Sedih bila melihat remaja yang sebaya dengan su sendiri jauh dari landasan kebenaran.

Su tak pandang rendah pada mereka. Sebab bila ALLAH izinkan hati mereka tersentuh, boleh jadi mereka menjadi sebaik-baik hamba yang sangat memohon keampunan dari-NYA.

Maaf cakap, ada sebahagian manusia yang mengaku dai'e dan mengaku remaja yang tersesat dari landasan sebenar adalah mad'u mereka, tetapi bila didatangi oleh remaja2 rosak tersebut, tidak kurang ramainya yang memandang hina. Allahu Robbi~

Banyak rupanya penghukum di atas muka bumi ini.

Sebab itu, didiklah anak-anak berpuluh tahun sebelum kelahiran mereka ke dunia.

Maaf kak. Maaf kalau komen saya tak menepati isi entri akak. Lagu kat tepi ni sedih banget. Huhu~

Remaja yang terkeluar dari landasan yang lurus itu adalah keluarga kita. Saudara kita.. Jangan dipandang hina mereka itu. Mereka masih punya peluang untuk kembali..

Bantu mereka jom.. :'(

Wallahu'alam.

- Bibi -

Taqiiyah Yusra said...

Wa'alaikumsalam ya habibti,

JZZK untuk perkongsian dari su... Love banget!!!

~ Nnt akak reply comment su ye adikku syg~

Lab report sedang menanti

Syukran, akak hargai sangat atas kesudian su meluahkan pendapat..(^_^)

Uhibbukifillah

Anonymous said...

Assalamualaikum ya habibti,

Alhamdulillah akak baru je lepas buat CV..

Begitulah lumrahnya pada masa kini,kadang-kadang yang terlanjur dan kembali kepada pangkal jalan itu adalah lebih mulia daripada penghukum..

Bila terjadi sesuatu, mula menunding jari keatas pelaku yang membuat kesalahan.. 100% dipertanggungjawabkan kepada mereka..

cukuplah dengan mendengar golongan emas berbual tentang perkara yang tidak elok.rasa kecewa sangat dalam hati pada masa tu.. seolah-olah dah jadi seperti "ketam mengajar anak berjalan"..

Bila berbicara tentang isu keruntuhan akhlak, akak kira adalah lebih baik pencegahan itu bermula dari akar umbi permasalahan tersebut. bukan sahaja dengan program kerohanian untuk para remaja bermasalah.

Bila akak tengok insan-insan yang menghuni Raudhatus sakinah, rasa dalam hati ini mereka lebih mulia, Deraian air mata mereka atas kesalahan yang mereka perbuat... Sesungguhnya Allah Itu Maha Pengampun..

Masalah Labelling orang kadang-kadang terlalu cepat, cukup dengan first impression, kita melabel seseorang.. Ya Allah jauhi aku dengan sifat begini...

Sama-sama kita buat perubahan

Nasihat buat diri jua...

-Fathi-

Post a Comment