Subscribe:

Pages

January 15, 2010

Musibah Penghapus Dosa...


Memandangkan diri ini selalu je rase nak nangis, putus asa dan sebagainya dek dilanda musibah.. Nasihat yang berguna buat diri ini...Duhai diriku, ingatlah musibah itu penghapus dosa...


Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
Abdullah bin Mas'ud r.a


Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a







Musibah Penghapus Dosa?

Kenapa Diri Ini Malas?


Perasaan malas selalu timbul apabila jemu melakukan sesuatu yang baik menjadi rutin. Tapi AWAS, perasaan ini datangnya dari syaitan yang mahu membolak balik kehidupan manusia dari melakukan kebaikan seperti janji iblis yang mana nak rosakkan keturunan adam


Lakukan perkerjaan itu kerana Allah serta hati yang ikhlas. InsyaAllah segala pekerjaan kita menjadi mudah dan menyeronokkan. Jadi tidak timbullah perasaan jemu dan malas. Bagaimana dengan diri ini? Sudahkan diri ini memahaminya? InsyaAllah...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”


Riwayat Muslim


Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Penyakit Hati Yang Ditakuti?


Penyakit hati yang ditakuti oleh Rasulullah SAW terhadap umatnya adalah:



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang paling ditakutkan menimpa kalian "Asy syirkul ashgar" (syirik kecil). Maka para Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan "Asy-Syirkul ashgar"? Baginda menjawab: "Riak"

Hadith riwayat Imam Ahmad




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”

Riwayat Ibnu Majah



Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.



Sekadar perkongsian : Sumber Majalah i dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penyakit Hati Yang Ditakuti?

Al-Hidayah ::15 Januari 2010::


Kesempurnaan Solat


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi


Hari ini, Al- Hidayah menyentuh tentang kesempurnaan solat oleh seorang Ustaz (lupe nak tulis name Ustz tu).

Pertama sekali yang dibincangkan adalah NIAT solat itu sendiri. Cukuplah bagi seseorang itu menyatakan keinginan untuk solat atau lintasan hati sahaja. Contoh yang dibagi Ustaz tersebut adalah:

" Sahaja Aku Solat Maghrib" tnpa menyatakan "3 rakaat kerana Allah Taala" adalah sah solat tersebut.

Yang kedua dibincangkan oleh Ustaz tersebut adalah Takbiratulihram. Dimana bacaan "Allahuakbar" hendaklah jelas. Terdapat 3 posisi untuk angkat takbir, tapi hukumnya adalah sunat. Telapak tangan hendaklah menghadap kiblat.

Sekadar perkongsian...

Sabar Duhai Diriku

Pernah diri ini dilanda satu musibah memerlukan seribu satu kesabaran. Kesabaran itu sendiri mengajar kita, untuk lebih bersedia masa akan datang. Duhai hati ini, kesabaran itu sememangnya indah. Hati ini perlu dididik untuk menjadi lebih sabar, bukannya pujukan kepada hati itu yang membuat kita sabar. Dengarlah diri ini, hayatilah hikmah sabar diriku ini..

Sabar duhai diriku,

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal :46)

"....Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" ( Yusuf : 90)

"...Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(Az-Zumar ; 10)

".... Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Hud : 49)

Antara kesabaran dan keluhan...


Duhai diriku,
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.