Subscribe:

Pages

January 15, 2010

Kenapa Diri Ini Malas?


Perasaan malas selalu timbul apabila jemu melakukan sesuatu yang baik menjadi rutin. Tapi AWAS, perasaan ini datangnya dari syaitan yang mahu membolak balik kehidupan manusia dari melakukan kebaikan seperti janji iblis yang mana nak rosakkan keturunan adam


Lakukan perkerjaan itu kerana Allah serta hati yang ikhlas. InsyaAllah segala pekerjaan kita menjadi mudah dan menyeronokkan. Jadi tidak timbullah perasaan jemu dan malas. Bagaimana dengan diri ini? Sudahkan diri ini memahaminya? InsyaAllah...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”


Riwayat Muslim


Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

0 comments:

Post a Comment