Subscribe:

Pages

January 31, 2010

Status Orang Mati Bunuh Diri

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

Riwayat Abu Hurairah

Alhamdulillah, baru abiskan handle adik-adik. Ya Allah, dimana tak risaunya diri ini,ditelannya dua papan panadol bersama sebotol coke. Awalnya, rase geram membuak-buak di dalam dada ni....(Allah).. Di ambil jalan singkat nak lari dari masalah kerana seorang lelaki yang bernama "boyfriend" sanggup berbuat demikian.Tiada kesudahan bila ambil jalan mudah ini...(Ya Allah)...Nasib baik x menunjukkan apa-apa kesan kat badannya...Ditanya pening ke x ni, dijawabnya" sistem imun sayakuat kak".. Ya Allah, ku kuatkan semangatku untuk hadapinya...Bila ditanya kenapa berbuat demikian, katanya "fikiran x waras"....Adikku sayang kewarasan fikiranadalah didorong dengan kesucian hati dan kekuatan iman...akak mintak adik tadi solat isya' dahulu supaya tenangkan diri... Alhamdulillah keadaannyabertambah baik...Pesan akak untuk adik-adik, bunuh diri bukan pilihan...Ya Allah besar dosanya...Nasib baik, empunya tuan xde kesan ape2, disoal selidik, rupanyapernah buat tindakan ini..Alhamdulillah adikku, Allah bagi kamu kesempatan lagi untuk belajar mengenaliNya dan kembali kepadaNya..Jangan sia-siakan peluang ini dengan mengambil tindakan bodoh yang tidak mempunyai alasan yang kukuh (ade alasan pun, mmg x leh nak ambil care ni)....Kerana Rm 10 untuk membeli ubat panadol berserta air pepsi sebotol, terus meninggalkan kehidupan duniawi dalam keadaan yang hina....(Nau'zubillah)


Nasihat buat adik-adikku,


Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

0 comments:

Post a Comment