Subscribe:

Pages

February 15, 2010

Kesan Maksiat

Hasil pembacaan saya dalam sebuah buku karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Terdapat beberapa kesan akibat melakukan maksiat.Nau’zubillah.Mudah-mudahan Allah memelihara kita daripada perbuatan maksiat ini.Maksiat membahayakan manusia di dunia dan di akhirat. Jika ditanya diri sendiri, adakah kita mengetahui kesan melakukan maksiat? Kesannya sebenarnya hanya dapat diketahui oleh Allah. Namun demikian, kesan maksiat hanya dapat dirasai oleh pelaku maksiat. Secara umumnya maksiat dapat menggelapkan :

  • Menggelap Cahaya Ilmu
  • Menutup Pintu Rezeki
  • Menimbulkan Keresahan Dalam Hati
  • Menimbulkan Kegelapan Hati
  • Melemahkan Hati dan Badan
  • Menghalang Diri dari Taat
  • Mengurangkan Umur dan Menghapuskan Keberkatan
  • Mengurangkan Amalan Baik

Bagaimana Maksiat Menggelap Cahaya Ilmu?

Sesungguhnya ilmu adalah cahaya yang diletakkan oleh Allah, sedangkan maksiat memadam cahaya tersebut. Imam Syafi’i duduk didepan Imam Malik. Dia membacakan sesuatu yang kepada Imam Malik, Imam Malik sangat mengagumi ketajaman ketajaman fikirannya. Lalu Imam Malik berkata, ” Aku melihat, Allah telah meletakakkan cahaya dalam hatimu. Jangan padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat”

Bagaimana Maksiat Menutup Pintu Rezeki?

Dalam Musnad dikatakan ” Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang dilakukannya”. Sekiranya seseorang itu bertakwa kepada Allah ia akan mendatangkan rezeki, manakala meninggalkan takwa akan mendatang kefakiran dan kemiskinan.


Bagaimana maksiat menimbulkan Keresahan Hati dan Kesusahan?

Sesungguhnya orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan melanggar suruhan Allah. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Surah Taha;124)

Tidak ada seseuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih, menyucikannya membuat tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah SWT.

Bagaimana Maksiat Menimbulkan Kegelapan Hati?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Bukhari dan Muslim

Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negative, amal yang lahir adalah keburukan.

Bila seorang hamba telah jatuh kedalam kemaksiatan dia akan dikhianati oleh hati nya dan lidahnya serta seluruh anggota tubuh, yang mana hatinya akan menjadi gelap. Kegelapan hatinya boleh menyebabkan hatinya tidak tertarik untuk bertawakkal kepada Allah. Keadaan ini boleh diibaratkan

Seseorang itu yang mempunyai sepasukan askar yang mana bertujuan untuk membelanya dari musuh. Akan tetapi dirinya mengabaikan askar-askar itu dengan melemahkannya dan menyebabkan hubungan dengan mereka terputus. Apabila dia inginkan askar-askar tersebut melawan musuh, asakar-askar tidak mempunyai kekuatan lagi.

Bagaimana maksiat melemahkan hati dan badan?

Hati hanya berjalan menuju Allah SWT dengan kekuatan sendiri.sekiranya seseorang terjangkiti dengan dosa, hati akan kehilangan kekuatannya. Sesungguhnya orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Sekiranya hatinya kuat, badannya pun turut menjadi kuat .


....Bersambung.....

1 comments:

sLave_oF_Almighty said...

Jzkk ats peringatan..

Sentiasa berjaga2lah diri dpd melakukan maksiat..
Yg mna tnpa kita sedari, kesan ia jauh lbih teruk brbanding keseronokan sementara yg kita dpt ktika mlakukn maksiat tersebut..

Kadang2 mngkin, kita merasakn apa yg kita lakukan itu benar, tp sebaliknya btentangan dgn Islam.. syaitan-lah yg menampakkn indah segala perbuatan kita itu..
Sebenarnya, hati kita ktika itu tlh dipenuhi bintik2 hitam dn mnjadi keras.. krn itu amat sukar utk mmbezakn yg baik dn buruk lg..

Maksiat yg smentara, namun efek trhadap jiwa jauh lbih lama, malah mngkin bkekalan smpai bila2!

Na'udzubillahimindzalik..

p/s: frankly speaking, based on my own experience..

Post a Comment