Subscribe:

Pages

March 14, 2010

Duhai Ukhti Sayang

~ Perkongsian dari persoalan dan permasalahan dalam IluvIslam. Disini ana sertakan jawapan terhadap persoalan ukhti. Percayalah sedikit sebanyak pernah ana laluinya. Untuk memudahkan pembaca, tulisan berwarna ungu adalah permasalahan ukhti tersebut dan tulisan warna biru adalah jawapan dari ana.Tujuan ana jadikan sebagai perkongsian adalah masalah ini kebiasaanya dihadapi oleh para remaja~

Salam sayang buat ukhti yang tersayang,

Setiap kali saya rasa sunyi,saya akan mengaji atau solat..berjujuran air mata saya mengenagkan dosa saya dan bedrdoa supaya Allah memberi kekuatan dan menerima taubat saya



Kadang-kadang kita sering kali terluka dan merasa tidak kuat untuk melakukan itu , tapi kite perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. kite terpaksa berperang dengan hati dan perasaan kite sendiri.

Ini ana sertakan artikel tentang tanda-tanda taubat diterima

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Setiap hari saya menangis memikirkan keadaan saya,walupun sya selalu fikir yang Allah selalu bersama saya,tapi kadang2,hati saya selalu terdetik,knp ini suratan bagi aku?



Duhai ukhtiku sayang,

“Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." -(Hadis Riwayat Muslim)

Ujian itu berlaku samaada berbentuk nikmat ataupun bala bencana Allah yang dinyatakan dalam surah Al-Anbiyak;35,

".....Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah: ayat 155

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

Ujian yang berlaku adalah jalan kemuncak nikmat dan kebahagiaan kepada sesiapa yang berjaya menggunakan kemampuan berfikir, berikhtiar menurut jalan Allah

Dalam keadaan saya begini adakah saya patut berkahwin?dan adakah layak untuk orang mcm saya mendapat suami yang soleh yang mampu memimpin saya.



Ukhtiku sayang, Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah bukanlah Keindahan nikmat, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada KeTENTUANNYA...

Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal

Yakni, yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal buat ukthi. Semoga satu hari kelak ukhti akan berjumpa dengan “putera agama” yang akan dapat menambahkan lagi cinta ukthi pada Illahi. InsyaAllah ukhtiku sayang

1 comments:

sLave_oF_Almighty said...

Subhanallah.. Jzkk ats perkongsian..


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedi hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,"
-Surah Al-Hadid (57): 22-23

Post a Comment