Subscribe:

Pages

August 28, 2010

Nuzul Al - Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan. 

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). 

Sumber

August 15, 2010

Kekuatan Itu Perlu Dicari

Seorang sahabatku berbicara dengan ku,
“Qudsia, saya tak naklah jadi baik” katanya.
 Lalu pandangan ku terhenti padanya
“ Kenapa?”
”Kalau jadi baik, ramai yang mempergunakan saya dan ramai yang mengambil mudah akan saya” katanya dengan penuh kesedihan
”Biasalah, bukan senang untuk kita berubah kearah kebaikan, banyak halangan yang perlu ditempuhi” ku cuba menyejukkan hatinya ketika itu.
”Mungkin saya perlu pada penyucian jiwa kot?” tambahnya lagi
Aku tersenyum akan sahabatku ini..

Namun perbualan kami terhenti disitu sahaja kerana azan maghrib telah berkumandang menandakan telah masuk untuk berbuka puasa.

Sahabat, aku tahu kamu akan melayari blogku. Ku titipkan sedikit semangat buatmu dan InshaAllah mudah-mudahan ia dapat menolongmu untuk menjadi lebih kuat.

Kekuatan itu perlu dicari bukan ditunggu
Saat hati diketuk oleh Allah  untuk melakukan perubahan akan diri. Terus diri memohon kekuatan dariNYA. Tapi ingat bukankah kita perlu berusaha untuk kearah itu yakni melawan segala halangan yang mampu mengugat diri kita kearah perubahan bakal yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d : 11)

Bukan sahaja dengan melawan setiap halangan yang ditempuhi. Malah kita seharusnya memperbaiki diri sendiri. Maksud memperbaiki diri sendiri adalah cuba sedaya upaya untuk mematuhti syari’at Islam itu sendiri dengan mentaati suruhanNYA dan meninggalkan laranganNya.

Saya kira mungkin tekanan daripada sahabat-sahabat yang lain akan perubahan mu itu. Kehilangan sahabat, sahabat menjauhkan diri dan seangakatan dengannya yang membuat dirimu merasa hiba.

Ingatlah tetapkan hati mu sahabat. Kepada siapa kamu ingin berubah ? Manusia atau Allah? Kiranya kerana Allah perubahan mu itu. InshaAllah kamu akan tenang akan setiap musibah yang melanda kepada diri kamu.

Dan kiranya kamu masih lagi merasa sedih, anggaplah ini sebagai ujian akan perubahanmu itu.  Allah ingin mengujimu sejauh mana keazaman mu untuk berubah pada jalanNya.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." -(Hadis Riwayat Muslim)

Jangan pernah putus asa.

”...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf : 87)

Pohonlah pertolongan daripada Allah SWT kerana Allah SWT itu adalah sebaik-baik penolongmu. Sungguh luas rahmat dari Allah SWT buat kita. Oleh itu, jangan sia-siakannya rahmat Allah yang dikurniakan duhai sahabatku.

Sekiranya dadamu sahabat terasa sesak, masalah yang dihadapi sangat rumit dan tipu muslihat sangat banyak maka bersegeralah ketempat solat dan solatlah. Pintalah kepada yang Satu. InshaAllah sahabat.

Hati-hati sahabat, jangan pernah kamu berburuk sangka akan Allah SWT. Sebagai contoh

” Aku tidak mahu jadi baik sebab tiada untungnya buatku dari Allah”  

Kita sama-sama hayati  firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 10 - 12  :

”... masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(33: 10)

”Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.” (33 :11)

”......Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".”(33 : 12)

Sekiranya kita perhatikan antara golongan yang bersangka buruk kepada Allah SWT adalah orang munafik serta orang yang tidak kuat iman dalam hatinya. Na'udzubillah




Allah itu dekat lagi penuh kasih sayang

Kadang-kadang sering kali kita mempersoakan akan pertolongan Allah buat kita. Kenapa berdoa dan berdoa tetapi tiada juga jawapan dariNya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah : 214)

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Kesimpulan
Ayuh bangkit, usah berduka atas perbuatan manusia kepada kita. Berdukalah saat kita tiada lagi mampu untuk memperbaiki diri yakni terputuslah segala perkara kecuali Ilmu bermanfaat, amal jariah dan doa-doa dari anak yang soleh. Kerana saat itu tiada lagi daya buat kita dan tiada lagi berharga sebuah penyesalan.
Hidup ini adalah satu perjalanan yang wajib ditempuhi!! Percayalah aku jua insan lemah yang sering melakukan khilaf kepada Al-Khaliq.Ampunilah dosa-dosaku Ya Rabb!

August 3, 2010

Usah Biar Hati Mati





Menurut Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan
sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan
inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati
mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati
merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati
yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap
permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-
Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati
hati.

Asas pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:

‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba.’

Dalil di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di
hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlahbahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanyamelalui dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:

‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’

Berdasarkan ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba-
Nya dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:

‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’
Lantaran itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan
kalimah "

Amat mengetahui segala isi hati hamba-Nya" dengan tujuan supaya
setiap hamba mengetahui segala ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi
mengingati dan berhati-hati supaya tidak dilakukan perbuatan yang dilarang
secara sengaja atausebaliknya.Allah memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukanperbuatan yang dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendakhati yang amat sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui zahir dan batin juga segala niat isi hati yang mengatur segala perilakuhambanya. Berdasarkan demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan dengan katanya:

"Lihat olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segalahatimu". Maksudnya renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan darisegala kerja hati yang terdiri dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan.Sekiranya baik teruskanlah, andai sebaliknya hentikan dengan segera.
 
Asas kedua:  

Sabda Rasulullah s.a.w.

‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada
tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dansegala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’

Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama
yang difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran. Tetapi alangkah pelik
dan hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah
tetapi yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta
penghormatan sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn
pengorbanan seharian tanpa keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul
Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)

Asas ketiga: 

Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota
anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah
pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang sernuanya
mengikut kehendak hati. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis
yang berbunyi:

‘Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik
maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala
keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’

Berdasarkan ayat ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati merupakan anggota yang. paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan seorang hamba, asas segala amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala anggota yang merupakan panduan kepada rohani dan jiwa setiap insan. Demikianlah peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah rnelakukan ibadat dan berakhlak mulia sesama manusia.

Sumber : Adab Pergaulan Menurut Al- Quran Dan As-Sunnah