Assalamualaikum buat sahabatku,
Salam terindah ku kirimkan
Salam sejahtera penghuni syurga
Salam yang harumnya melebihi kasturi
Sejuknya melebihi embun pagi
Salam sehangat mentari waktu Dhuha
Salam sesuci air telaga kautsar
Salam penghormatan, kasih cinta dan ukhwah tiada pudar dalam setiap musim dan peristiwa
Salam ingatan dan rindu kerana Allah
Perkongsian pada kali ini adalah pembacaan saya iaitu “ Muhammad SAW, jejak junjungan mulia oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat” .Memandangkan semester pendek dapatlah saya meluangkan masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan paling penting saya dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat saya di alam maya ini. Kalau tidak, belum tentu dapat lagi melayari blog ini. InsyaAllah semester depan adalah semester terakhir saya. Bercakap tentang praktikal, belum lagi membuat keputusan nak praktikal kat hopital mana. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu).(Dekat ghumoh sedap sikit)..=)..Yukk, kita ambil iktibar peristiwa ini...
Rasulullah SAW mengisytiharkan perang tabuk bertepatan dengan musim panas luar biasa. Serta sedang bermulanya musim menuai buah-buahan seperti kurma anggur dan sebagainya. Keadaan ini dijadikan alasan oleh puak munafikin untuk tidak menyertai peperangan bersama baginda. Hakikatnya bukanlah itu penghalang bagi mereka. Penyebabnya adalah kurangnya azam untuk mencari pahala dan keredhaan Allah SWT dan kecintaan duniawi lebih mempengaruhi mereka sehingga sanggup mengingkari arahan Rasulullah SAW untuk berjuang ke medan tabuk.
Orang islam sebenar apabila datang seruan jihad, tidak sekali-kali mereka berhajat dengan rehat. Orang yang berjihad akan menempuh ujian dan halangan. Demikianlah pengalaman yang dilalui oleh para sahabat. Mereka menganggap segala rintangan itu suatu yang kecil berbanding ujian dan rintangan yang ditempuh oleh para rasul.
Tujuan utama Allah SWT, mendedahkan dengan terperinci sifat-sifat munafik dalam surah At-Taubah adalah mengingatkan kaum muslimin, supaya berwaspada agar tidak terbabit dengan sifat buruk itu.
Golongan munafikin itu sentiasa wujud sepanjang zaman. Jika zaman Rasulullah SAW wujud golongan munafikin di kalangan para sahabat, patah lagi pada aman yang sudah jauh daripada hayat baginda.
Setiap orang boleh mendakwa dirinya Muslim tetapi pengakuan itu mesti disokong dengan bukti penghayatan Islam. Sesunguhnya setiap yang diikrar oleh lisan adalah sesuatu yang dibenarkan oleh hati. Setelah itu, ia dibuktikan dengan perbuatan.
Allah SWT mencabar manusia dengan firmanNYA dalam Al-Quran :
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
( Surah Saba’ : 24)
Antara Rasulullah SAW dengan golongan musyrik sudah jelas siapakah yang benar dan salah. Namun Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya supaya berkata begitu kepada puak musyrikin dengan tujuan mereka boleh mengeluarkan hujah sekiranya nerana menuduh Rasulullah SAW membawa ajaran salah.
Golongan munafik tidak diambil tindakan oleh Rasulullah SAW kerana tindakan itu tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Ini menunjukkan Rasulullah SAW tidak sayang kepada golongan yang menyimpan kekufuran dalam jiwa dan menunjukkan keislaman hanya pada luaran.
Tiada alasan golongan munafikin itu medapat perhatian Allah SWT bagi memperolehi keampunanan. Mereka adalah golongan yang dijanjikanNYA dengan azab api nereka sebagaimana firman Allah:
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal
( At-Taubah : 68)
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah
- Bila berbicara selalu bohong.
- Bila berjanji, tidak ditepati
- Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
~Ya Allah lindungilah daku dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik~
2 comments:
Amin..
Jzkk ats perkonsian.. Bermnfaat buat muhasabah diri yg kadang xterlepas jga dr sifat nifak ni..
Semoga Allah tetapkan kita semua di bwh hidayah-Nya, inshaAllah
Syukran akh atas komen..
Aamiiin...mudahan kita sentiasa dibawah lindunganNYA..
Post a Comment