Duhai diri ini, perlu diingat salah satu jalan menuju kesempurnaan iman itu adalah menjaga hubungan.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
( Hadith riwayat : Al bukhari dan Muslim)
Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
“Biar betapa kasihnya kita kepada seseorang itu, ingatlah bahawa cinta kita hanya milik Allah, Berkasihlah sesama manusia, namun bercintalah dengan Allah”
Oleh itu :
Hargailah sebuah persahabatan. Kerana nilai persahabatan itu hanya dapat dirasai dengan perpisahan.
Sahabat
Tatkala keseorangan,
Tatkala dihantui kesepian,
Tatkala dilanda kesedihan,
Tatkala dibebani masalah
Tatkala didalam kesesatan
Sahabat
Datangnya peneman sepi,
Datangnya penghibur duka
Datangnya meringankan beban
Datangnya memberi ingatan
Sahabat yang beriman..
Ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia
Bagai pewangi yang mengharum
Sahabat sejati
Menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia
Membawa kita ke jalan Allah
P/S: Buat sahabatku, Aku menyayangimu kerana Allah. Ukhwah itu indah. Moga ia kekal sehingga ke husnul khatimah.
2 comments:
Assalamu'alaikum~
Su juga sayang akak kerana Allah~
Neno! Neno! Neno!
Kakak telah membuat su menangis.. =(
Bohot-bohot syukriya, kak!
Wa'alaikumsalam adik akak chumel ni...
akak jawab Afwan je la...x tahu nak jawab kot
hindustan ni..
~Ana uhibbuki ya habibati lillahita'ala~
~Aamiiiin~
Post a Comment