Subscribe:

Pages

May 29, 2010

Sad al-Zarai'

~ Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian, telah lama perkara ini bermain di fikiran saya, Sad al-Zarai’, Sejauh Manakah Pelaksanaanya di Malaysia? Terdetik tentang isu ini apabila ustaz saya mengupas sedikit sebanyak tentangnya~


Sad al-Zarai’ iaitu salah satu cara menutup pintu kerosakan. Sebagai contoh penutupan kedai arak itu lebih baik, atau pengharaman keatas premis-premis judi atau pelacuran. Mencegah kemungkaran yang menjadi prinsip dan kewajipan orang-orang yang beriman, terutama mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memerintah dan mentadbir Negara atau negeri.


Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah, telah membakar hangus sebuah perkampungan yang membuat perusahaan memproses arak. Begitu juga sebuah kedai menjual arak yang digelar oleh saidina Umar sebagai makhluk perosak yang dimiliki oleh Ruaisiq as-Saqafi, juga turut dibakar hangus.


Alim ulama semua mazhab bersependapat tentang wajibnya memusnahkan rumah yang dibina untuk tujuan maksiat kepada Allah SWT. Cara Saidina Umar adalah cadangan membakar hangus premis berkenaan, mungkin tindakan itu adalah sesuai pada zamannya.


Pada zaman kini, mungkin dengan pembatalan lesen perniagaan dan lesen premis sudah dianggap memadai, asalkan perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan berhikmah. Langkah ini adalah sebagai tanda patuh pada Allah SWT. Selain itu, ia bertujuan untuk menjaga maslahat ummah terutama remaja kini, agar mereka terhindar daripada gejala maksiat dan keruntuhan moral.


Selain itu, kita hendaklah mengambil iktibar daripada tindakan Rasulullah SAW dengan meruntuhkan dan membakar masjid Dhirar, yang mana memberi ingatan bahawa kerajaan Islam mesti bertindak tegas terhadap apa jua tempat maksiat kepada Allah SWT dan

RasulNya.


Kesimpulan


Sebagai tujuan “Amar makruf nahi mungkar”,pihak berkuasa semestinya berusaha mewujudkan ketakwaan dalam sistem bernegara agar hasil ketakwaan itu dapat dikongsi dan disebarkan bersama-sama. Dengan itu lahirlah Khairul Ummatin” (umat yang yang beriman kepada Allah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan).


Jika nama bangunan yang diberi nama masjid pun menerima padah diruntuhkan dan dimusnahkan oleh Rasulullah SAW, bagaimana pulan dengan tempat yang dibina dengan niat untuk kegiatan maksiat terhadap Allah seperti pusat perjudian, pusat pelacuran dan seumpanya? Jawapannya telah nyata, ia mesti dimusnahkan. Terpulanglah atas kebijaksanaan pihak berkuasa dan mengikut keadaan semasa asalkan ia ditutup dan operasinya ditamatkan.


Rujukan


Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Modul Pengajian Islam, Sumber Hukum Dalam Islam; Sumber Hukum Sekunder

May 25, 2010

Sains Menurut Islam

~Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarkatuh,
Barakallahu fiika (semoga Allah merahmati mu)



Segala puji hanyalah bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, semoga Shalawat dan Salam atas nabi terakhir Muhammad Shalallahu 'alaihi wa salam, tidak ada nabi setelah baginda Shalallahu 'alaihi wassalam, semoga Shalawat dan Salam atas keluarga baginda, shahabat baginda dan orang – orang yang mengikuti Sunnah baginda sampai akhir zaman.~


Falsafah Ilmu Islam


Ilmu yang sebenar ialah yang dapat membawa manusia mengenai khaliqnya. Makrifatullah ialah sumber bagi ilmu yang dipunyai oleh manusia demi menghampirkan diri kepada Allah. Tujuan menuntut ilmu ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah bagi membolehkan manusia mencapai tahap kesempurnaan hidupnya iaitu untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah dan meningkatkan ketakwaannya.


Ciri-ciri Sains Islam


* Mengukuhkan iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains

* Sains berlunaskan prinsip tauhid. Melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya Khaliq iaitu Allah SWT.

* Sains dan ilmu pengetahuan merupakan asset pelaburan amal soleh untuk kebahagian akhirat

* Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah termasuk fenomena pelik, ajaib dan aneh

* Sains Islam menekan kan kepada aspek keberkatan ilmu dalam membolehkan seseorang ilmuan memiliki sifat arif dan bijaksana dan bebas dari sifat jahil.

* Sains terikat dengan nilai akhlak yang ditentukan syariah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah

* Kebenaran dalam sains dapat meemukan seseorang kepada hakikat kebenaran

* Segala yang wujud di alam nyata adalah suatu pernyataan organic yang saling memerlukan.


Tujuan dan Matlamat Sains Islam


* Mengarah dan membawa manusia untuk mengenali Allah SWT

* Mendekatkan seseorang kepada Allah SWT

* Mencapai matlamat kesempurnaan tujuan hidup iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT

* Mempertingkatkan amal ibadah , kerja-kerja social (amal soleh) dan sumbangan jasa bakti kepada ummah

* Memperoleh dan mencapai kecemerlangan hidup dalam semua bidang dan aspek kehidupan

* Memungkin manusia mengeksploitasi kahazanah alam dan sumber yang dianugerah Allah SWT.

Duhai Adikku Sayang


(Gambar ini diambil semasa sedang mengajar iqra',Kakak "candid" sikit ye(^_^), Sayang Dila)


~Assalamualaikum sahabat-sahabatku, Memandangkan cuti, dapatlah meluangkan masa menconteng di blog ini. Akan tetapi, kadang-kadang internet ni bermasalah sikit. Sabar itu sebahagian dari iman Kali ini penulisan ditujukan khas buat adikku tersayang Siti Fadheela Nashwa~



Madah pembuka bicara


Duhai adikku,

Jagalah akhlak mu,

Kerna akhlak buruk itu,

Bakal merosakkan amalanmu,

Ibarat cuka merosakkan madu,


Duhai adikku,

Sempurnakan imanmu,

Tanda ketinggian agamu,

Tanda kemuliaan akhlakmu,

Tanda keteguhan peganganmu,


Duhai adikku

Katakanlah perkara baik

Atau diamkanlah bicaramu,

Jagalah pergaulan mu ,

Muliakanlah tetamu mu itu,

Agar dikau beroleh tempat tertinggi

Menjadi pilihan Ar-Raafi’

Dikasihi Rasullah SAW


Rujukan


Sumber Hadith : Jakim



1. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

Riwayat Ibnu Abi Dunya


2. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

Riwayat At - Tirmidzi


3. Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”

Riwayat at-Tabrani


4. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim


May 21, 2010

Pejuang Kebenaran

~Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua, Alhamdulillah sudah selesai exam saya dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT dipermudahkan urusan saya. Alhamdulillah Ya Rabb. Setelah sekian lama mengambil masa untuk menconteng di blog ini, akhirnya dapat jua saya berkongsi kepada sahabat-sahabat saya. Buat sahabatku yang tersayang , andai kesibukanku ini menguris hatimu, Maafkan daku sahabat.Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah~


Kali ini perkongsian saya berdasarkan sebuah buku yang bertajuk ”IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN”. Bukan ulasan buku ini yang bakal saya kongsi, tapi pesan dan nasihat dari Imam Syafie buat sahabat-sahabatku yang tersayang


  1. Wahai kaum muslimin sekalian. Sesungguhnya tidak ada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain dari adab sopan. Tidak ada yang yang lebih berguna selain daripada akal. Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut.
  2. Doa imam Syafie dalam majlis ilmunya, “ Bismillahirrahmanirrahim. Wahai Tuhn kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskan fahaman kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan permudahkan urusan kami. Ya Allah, Ya Nur, keluarkanlah kami daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada kami makrifat ilmuMu, Berikanlah kepada hati kami akan cahaya sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniamu, wahai Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana”
  3. Hanzdalah bertanya kepada imam Syafie “Bagaimana tuan dapat menerima dan menghormati orang yang tuan ketahui dirinya adalah LAWAN tuan? Imam Syafie menjawab dengan penuh tawaduk, “LAWAN saya itu ada kebaikan dan faedahnya bagi saya, LAWAN itu peranan mereka ibarat cermin yang sentiasa menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita”
  4. “Jangan terlalu memuji, bimbang kita lupa diri. Oleh itu harga diri seseorang itu berdasarkan apa yang dilakukan bagi memperbaiki dirinya”
  5. “ Apabila kita menikmati makanan, pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Tetapi jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan ia malas dan suka tidur. Itu menyukarkan untuk beramal ibadat”
  6. ”Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis,tinggi martabatnya, siapa yang mempelajari bahasa lembut hatinya, siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan sesiapa tidak memelihara dirinya, tidak beerti ilmunya”
  7. ”Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan . Tidakkah kamu tahu, harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar dengan batu”
  8. ” Seseorang yang bersikap warak tidak akan mempedulikan keaiban orang lain keran sibukkan memikirkan keaiban sendiri. Ibarat orang sakit tidak munkin menghiraukan kesakitan orang lain kerana sibuk memikirkan penyakitnya sendiri”


Hayatilah puisi Imam Syafie :


Bila hatiku keras degil

Dan kemahuanku menjadi sempit

Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan

Dosa ku mungkin besar

Tetapi keampunan Engkau lebih besar

Engkau pemilik keampunan

Dan masih tetap mengampunkan

Jika Engkau tidak izinkan

Iblis tidak dapat menggoda

Adam hambamu yang suci

Sampai dia boleh diperdayakan

Ampuni aku wahai Tuhanku